Tuesday, 31 July 2012

LAMAN UTAMA



KATA-KATA MUTIARA



BAHASA JIWA BANGSA
BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA

MEMBACA AMALAN MULIA

ILMU PELITA HIDUP

Anda yang budiman,
Terima kasih atas kesudian mengunjungi laman blog ini. Segala bahan yang terdapat di blog ini boleh dikongsi dan digunakan untuk peningkatan ilmu dan kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Kami amat mengalu-alukan pendapat dan idea serta sumbangan bahan untuk menambahbaik blog ini.
Terima kasih.


Monday, 30 July 2012

KARANGAN LAPORAN

Laporan Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah


Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke Melaka Bandar Raya Bersejarah. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru turut serta dalam lawatan itu. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Maznah. Kami diingatkan agar menjaga disiplin dan tingkah laku serta mementingkan keselamatan.


Kami memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan, kami begitu teruja melihat pembangunan negara. Bangunan-bangunan yang tinggi dan tersergam indah di kiri kanan lebuh raya menyedarkan kami betapa pemimpin kita sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyatnya.


Setibanya kami di Air Keroh, kami melawat ke Planetarium Negara. Sekali lagi kami begitu kagum melihat kecanggihan sains dan teknologi. Kami dibawa melawat oleh pegawai yang bertugas. Berbagai-bagai bahan dan infomarsi yang kami peroleh di tempat ini. Kami juga diberi peluang menonton tayangan interaktif tentang planet yang terdapat di ruang angkasa.


Selepas itu, kami pergi ke Zoo Melaka yang terletak tidak jauh dari situ. Setiap orang pengunjung dikenakan bayaran RM8 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa. Di sini, kami dapat melihat dan belajar tentang binatang-binatang terutama binatang yang hampir pupus seperti beruang kola, harimau benggala, seladang dan banyak lagi. Flora dan fauna di sini menyegarkan pemandangan. Kami juga diberi pelung menaiki train dan dibawa ke seluruh kawasan zoo ini. Sekali lagi kami insaf tatkala melihat keagungan dan kekayaan ciptaan Tuhan.


Selepas solat zuhur di Masjid al-Azim di Bukit Baru, kami dibawa ke Taman Rempah Ratus untuk menaiki bot Melaka Cruise. Kami begitu teruja kerana tidak pernah menaiki bot. Kami dibawa menyusuri sungai Melaka. Kami dapat melihat pembangunan negeri bersejarah ini. Ketika di Medan Samudera pula, kami berpeluang membeli cenderamata. Saya membeli beberapa helai baju-t, pemegang kunci dan kipas untuk ibu dan adik-adik saya.


Kami bertolak pulang ke Shah Alam pada pukul 6.30 petang. Sesungguhnya, banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami timba ketika menyertai lawatan ini. Saya berharap agar dapat menyertai lawatan seperti ini pada masa yang akan datang.





Dilaporkan oleh, 22 April 2012


Nani Azizah


(NANI AZIZAH BT AHMAD)


Setiausaha,


Kelab Lawatan Sekolah,


Sekolah Kebangsaan Seksyen 17.
KARANGAN FAKTA


PELANCONGAN DI MALAYSIA



Sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam memacu ekonomi negara. Hari ini, sektor pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara dan penduduknya.


Destinasi pelancongan yang banyak merupakan salah satu faktor yang mendorong kedatangan pelancong ke Malaysia. Malaysia mempunyai pantai yang boleh dikunjungi oleh pelancong bagi merehatkan badan dan minda mereka. Mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi di pantai-pantai ini, selain mandi manda dan menjalankan aktiviti menyelam. Kerajaan sentiasa memberikan galakan bagi pengusaha pelancongan menjalankan aktiviti yang berkaitan supaya kebersihan dan keindahan pantai ini terus terpelihara dan seterusnya dapat menarik pelancong untuk terus mengunjungi pantai-pantai tersebut. Tegasnya, destinasi pelancongan amat berperanan bagi menarik pelancong datang ke negara kita.


Rakyat yang berbilang kaum di Malaysia menyebabkan wujudnya pelbagai jenis makanan tempatan. Situasi ini dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia. Pelancong dapat menikmati pelbagai makanan yang menjadi hidangan masyarakat majmuk Malaysia. Lazimnya, mereka tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba semua jenis makanan yang dihidangkan oleh pihak pengurusan hotel. Kelazatan makanan tempatan seperti sate dan sebagainya menyebabkan pelancong begitu tertarik untuk datang ke Malaysia. Situasi ini seterusnya akan membantu industri makanan tempatan berkembang maju. Jelaslah di sini bahawa kepelbagaian makanan yang terdapat di negara ini menggamit kehadiran para pelancong.


Kebudayaan pelbagai kaum juga merupakan faktor penarik kedatangan pelancong. Masyarakat majmuk di negara ini telah membentuk pelbagai kebudayaan yang unik. Di samping keunikan alatan muzik tradisional, jenis-jenis persembahan kebudayaan yang pelbagai rupa serta corak merupakan daya penarik untuk pelancong datang ke Malaysia. Tarian tradisional seperti zapin, inang, ngajat sering menggamit tumpuan para pelancong. Mereka akan merakam gambar dan ada kalanya turut mengambil bahagian dalam persembahan yang diadakan. Ringkasnya, keadaan kebudayaan yang pelbagai telah menjadi daya penarik kepada pelancong.


Kita sebagai rakyat haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan bagai aur dengan tebing dalam usaha memaju dan memperkembangkan lagi sektor pelancongan negara kita.





1. Ayat berwarna MERAH dikenali sebagai AYAT TOPIK.


2. Ayat berwarna COKLAT dikenali sebagai AYAT HURAIAN.


3. Ayat berwarna BIRU dikenali sebagai AYAT CONTOH


4. Ayat berwarna HIJAU dikenali sebagai AYAT PENEGAS.




Karangan Berita

Latihan Berpandu

Arahan : Isi tempat kosong bagi karangan di bawah dengan menggunakan perkataan-perkataan yang diberi.

Soalan : Sekolah kamu telah mengadakaan Karnival Pusat Sumber. Sebagai pemberita majalah sekolah, kamu dikehendaki menulis berita tentang aktiviti yang dijalankan. Tulis berita itu selengkapnya.

matlamat penyampaian dimanfaatkan penghargaan

mempromosi melibatkan ucapan alu-aluan pengisian

pemenang dirasmikan menganjurkan paluan

mempamerkan



BANDAR BARU SELAYANG, Sabtu – Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang tela­­­­­­­­­­­­­­h ________ satu Karnival Pusat Sumber baru-baru ini. Karnival tersebut telah _______ oleh Yang Berhormat Dato’ Subahan Kamal.

Karnival Pusat Sumber ini diadakan untuk ________ pusat sumber kepada warga sekolah dan ibu bapa. Hal ini kerana pusat sumber selaku gedung ilmu perlu ________ dengan sebaik-baiknya oleh warga sekolah. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa carnival mampu mengeratkan hubungan yang baik antara guru, ibu bapa dan murid-murid.

Upacara perasmian dimulakan dengan _______ kompang oleh Kelab Kebudayaan sekolah yang menyambut ketibaan Yang Berhormat Dato” Subahan Kamal. Acara dimulakan dengan Puan Hajah Nurhena selaku Guru Besar menyampaikan __________ . Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Subahan telah menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar murid-murid sentiasa menggunakan pusat sumber sekolah dengan sebaik-baiknya.

Banyak aktiviti menarik yang diadakan sebagai ________ kepada Karnival Pusat Sumber tersebut. Antaranya diadakan aktiviti “explorace” yang ________ hamper 60 orang murid dan juga ibu bapa. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan itu.

Terdapat juga pertandingan melukis dan mewarna bagi murid tahap satu dan tahap dua. Pertandingan ini bertemakan “Pusat Sumber Sebagai Gedung Ilmu.” Semua murid yang mengambil bahagian _________ bakat melukis. Di samping itu, diadakan juga gerai-gerai jualan pelbagai barangan dan pameran buku bertempat di pusat sumber sekolah.

Kemuncak acara pada hari itu ialah acara _______ hadiah. Yang Berhormat Dato’ Subahan Kamal telah menyampaikan hadiah kepada para _______. Mereka menerima hadiah berupa hamper dan sijil ______ . Para pemenang berasa sangat gembira.

Karnival Pusat Sumber pada hari itu berakhir pada pukul 2.00 petang. Semua murid dan guru bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Mereka pulang dengan perasaan gembira kerana ______ karnival tersebut telah tercapai.
Contoh Karangan Surat Tidak Rasmi


Soalan: Anda mempunyai seorang kawan yang tinggal di negeri lain. Tulis surat kepadanya untuk menceritakan tentang tempat-tempat menarik di negara ini.




1, Jalan Patin,


Seksyen 17,


40200 Shah Alam,


Selangor Darul Ehsan.


22 Jun 2010.





Menemui sahabatku Suraya bt Saharin yang kini berada di Kota Bahru, Kelantan dengan selamatnya. Apa khabar saudari di sana? Saya doakan agar saudari dalam kandungan sihat walafiat. Buat diri saya dan keluarga di sini juga sihat-sihat belaka.


Saudari,


Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas keterlewatan membalas surat saudari. Maklumlah, saya baru sahaja selesai menduduki Ujian Pertengahan Tahun. Saya banyak menggunakan masa dengan mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tambahan, kelas tiusyen, seminar dan sebagainya. Pada bulan September pula, saya akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).


Oh ya! Dalam surat yang terdahulu, saudari ada menceritakan tentang keindahan negeri Kelantan. Wah, saya sangat teruja untuk bercuti ke sana! Untuk pengetahuan saudari, di Shah Alam juga ada banyak tempat menarik. Antaranya ialah Masjid Negeri, Muzium Negeri, Taman Tasik Shah Alam, Taman Pertanian Bukit Cerakah, Taman ICT dan lain-lain lagi.


Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Selain untuk tempat bersolat, masjid negeri ini menjadi tempat untuk pelbagai aktiviti keagamaan seperti belajar agama, mengaji quran, mengadakan program motivasi dan sebagainya. Saya juga pernah menyertai Program Khemah Ibadah yang dianjurkan oleh pihak sekolah saya dengan kerjasama pihak masjid negeri. Untuk pengetahuan saudari, ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke masjid ini untuk menyaksikan sendiri krindahan dan keunikan senibinanya yang menggabungkan unsur kesenian Islam dan moden.


Di Taman Pertanian Bukit Cerakah pula, kita dapat melihat pelbagai perkara berkaitan aktiviti pertanian. Kita dapat menimba ilmu tentang flora dan fauna di negara ini. Jikalau saudari datang ke sini, saudari boleh memilih untuk menaiki bas khas atau menunggang basikal untuk menjelajah kawasan pertanian yang luasnya beribu hektar ini. Di sini juga saudari juga boleh mengalami sendiri suasana rumah empat iklim. Rumah ini memberi kita peluang merasa musim sejuk, bunga, luruh dan panas seperti yang dialami di negara-negara Eropah.


Hanya setakat ini dahulu cerita saya tentang tempat-tempat menarik di Shah Alam. Saya berharap agar saudari dapat datang ke Shah Alam. Jika saudari datang ke sini, saya berjanji akan membawa saudari ke tempat-tempat tersebut.


Akhir kata, sambutlah salam manis daripada saya. Semoga kita berjumpa lagi di lain lembaran.


Sekian , terima kasih.





Yang benar,


Aina Shafik

Friday, 27 July 2012


CONTOH SOALAN

SULIT
011
Bahasa Melayu
SK
2010
50 minit

 
                                             
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH



 

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

Lima Puluh Minit


 


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.         Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
2.         Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3.         Bagi setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4.         Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.








Kertas ini mengandungi 13 halaman bercetak.




Arahan Am:
Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1
                       
Gambar 1
1.          Adik menarik laci untuk mengambil __________ .
A         tetikus
B         papan kekunci
C         monitor
D         disket

2        “ _________ pertandingan itu akan diadakan?" tanya Cikgu Osman kepada murid               Tahun 6 Dedikasi

    A            Adakah
    B            Siapakah
    C            Bagaimanakah
    D            Bilakah







Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
3.         Adik ketawa ketika di ______________________ oleh ibu.
A         lambung
B         timang
C         julang
D         tatang

4.       "  ____________, jangan lari ! Berhenti ! " jerit   anggota polis kepada penjenayah
           itu.

           A           Cis
           B           Wah
           C           Hei
           D           Nah

5.         Pengalaman semasa mendaki Gunung Kinabalu tetap __________________
            dalam ingatan pendaki.

            A         terpahat                                  
            B         terpaut            
            C         terlukis
            D         tercatat

6.         Layang-layang itu tersangkut ……………. tiang pencawang elektrik.
A.        dalam
B.           pada
C.           dengan
D.          kepada


Soalan 7 berdasarkan Gambar 3        
Gambar 3
7.         Suraya terkejut __________________ seekor katak melompat ke arahnya.
A         manakala
B         apabila
C         sambil
D         bila

Soalan 8 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4

8.         Pak Ahmad _____________ permaidani di ruang tamu rumahnya.
A         menghampar
B         menggulung
C         melipat
            D         menyelak

9.         ________________ orang murid yang merokok berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

            A   Setengah                          
            B   Kesemua
            C   Beberapa                          
            D   Sekalian
Soalan 10 berdasarkan Gambar 5

                                   
                                                      Gambar 5        
10.       Puan Murni sedang __________________ doh untuk dibuat roti canai.
A         menguli
B         menggaul
C         mengadun
D         menggentel

           
11.       “Abang  ___________ bercadang untuk menetap di luar negara. Beliau ingin         berkhidmat  di tanah air sendiri,” jelas Hilmi.
            A         usah
            B         tidak 
            C         bukan
            D         enggan


12.      “Nasib baiklah semua orang bersetuju untuk bermalam di kaki gunung itu.   ________ terpaksalah kita meredah hutan dalam kegelapan         malam,” kata Omar.
            A         Jika tidak
            B         Selain itu
            C         Pada mulanya
            D         Tambahan pula

13         Aida amat sayang _______________ arnabnya  yang berwarna putih.
             A         tentang
             B         bagi
             C         akan
             D         pada         






Soalan 14 berdasarkan Gambar 6
                                   
Gambar 6

14.       Sebatang sungai mengalir  di __________ rumah datuk.
            A         tepi
            B         sisi
            C         depan
            D         belakang

<><> <><> <><> <><> <><> <><> <><>

15.  

”Sehari __________ benang, lama-lama menjadi kain,” kata nenek kepada cucunya.



<><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><> <><>













   A



  buku



B



  selembar



C



  sebidang



D



  sehelai



                                               
16        “___________________ dipersilakan menepung tawar pasangan mempelai," ujar Mak Andam kepada para tetamu.
A         Awak
B         Kamu
C         Kalian
D         Mereka

17        _____________________ acara balapan, semua atlet dikehendaki memakai           pakaian sukan yang telah ditetapkan.
      A         Bagi
B         Di dalam
C         Pada
D         Dari


18.       Pengetahuan yang dimiliki oleh tokoh sastera itu __________ luas.
            A   amat
            B   benar
            C   betul
            D)  nian
                                                                       
19        Rahmat  ditahan oleh pihak polis kerana dia…
A         berat tulang.
B         gelap hati.
C         gelap mata.
D         berat mulut.

Soalan 20
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris

 20.     Hasmah menyentuh sekuntum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu.
Perkataan berlawan bagi perkataan bergaris ialah
A         putik
B         kuncup
C         kembang
D         layu

Soalan 21
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris

21        Pelancaran Tabung Dermaton  SK Sri Meru itu dijalankan dalam satu majlis
            yang ringkas.

            A         cepat                           
            B         singkat                        
            C         tepat
            D         ringan

Soalan 22

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

22        Rasa buah-buahan seperti limau, mangga  dan  nanas  agak masam kerana                mengandungi asid.
            A         Berapakah jenis buah-buahan yang  mengandungi   asid ?
            B         Apakah kandungan buah-buahan seperti limau, mangga dan nanas ?
            C         Bagaimanakah kandungan asid menyebabkan limau, mangga dan nanas                              menjadi masam ?
            D         Mengapakah buah-buahan seperti limau, mangga dan nanas masam                                     rasanya? 







Soalan 23

Pilih ayat yang sama maksud bagi dengan ayat yang yang diberikan.

23        Di manakah Suraya menempah baju kebaya moden yang dipakainya?” tanya
              Niza kepada Mala.

            A   Mala bertanya kepada Niza tempat Suraya menempah baju kebaya moden
                  yang dipakainya.
            B   Niza memberitahu Mala tempat Suraya menempah baju kebaya moden
                  yang dipakainya.
            C   Mala memberitahu Niza tempat Suraya menempah baju kebaya moden
                  yang dipakainya.
            D   Niza bertanya kepada Mala tempat Suraya menempah baju kebaya moden
                  yang dipakainya.


Soalan 24

Pilih ayat yang betul.

24        A         Syabas, kamu telah memenangi pertandingan itu !
B         Cis, besarnya beg sekolah kamu !
C         Ah, kawan-kawanku belajarlah bersungguh-sungguh !
D         Aduh, mahal sungguh baju ini !

25        A         Nama budak itu siapakah?
            B         Sila ambilkan  di atas meja buku itu.
            C         Jangan mengasar orang-orang tua.
D         Sepertiga daripada hartanya telah didermakan.


Soalan 26 dan Soalan 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26        Doktor berpesan supaya  ubat itu dimakan dua kali sehari.

            A         “Jangan lupa makan ubat itu dua hari sekali,” kata doktor.
            B         “ Jangan lupa makan ubat itu dua biji sehari,” kata doktor.
            C         “Jangan lupa makan ubat itu dua kali sehari,”kata doktor.
            D         “Jangan lupa makan ubat itu setiap hari,”kata doktor.





27        Ibu memberitahu kepada kawannya bahawa kami akan ke Pulau Tioman pada
            hujung bulan ini.

            A         “Kawan ibu akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu
                        kepada kami.
            B         “Kami akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu
                        kepada kawannya.
            C         “Kamu akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu
                        kepada kawannya.
            D         “Kita akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu kepada
                         kawannya.

Soalan 28 dan Soalan 29

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

28        I           Kawasan rendah itu selalu mengalami banjir.
            II         Jangan pandang rendah akan kebolehannya.
            III        Markah yang diperolehnya amat rendah.
            IV        Kebanyakan rumah  di kampung itu rendah.

            A         I dan II sahaja
            B         II dan III sahaja
            C         I, II dan IV sahaja
            D         I, III dan IV sahaja


29        I           Encik Hamid meruncing keretanya ke Pulau Pinang.
            II         Kerana meruncing, Zahara menangis tersedu-sedu.
            III        Hamdan meruncing buluh-buluh kecil itu untuk dijadikan senjata.
IV        Dalam keadaan meruncing, Fahmi bijak menyelesaikannya.

A         I dan II sahaja
B         I dan IV sahaja
C         II dan III sahaja
D         III dan IV sahaja










Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.

30        I           Abang membalut luka pada kakinya dengan secebis kain perca.
            II         Cikgu menasihati kami agar tidak terlibat dengan budaya lepak.
            III        Penjual buah-buahan itu pandai mengambil hati pelanggannya.
            IV        Nasi yang dimasak di atas dapur itu telah hangit.

            A         I dan II
            B         II dan III
            C         III dan IV
            D         I dan IV


Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
           
           
            Cuaca pagi itu amat cerah. Matahari memancarkan cahaya manakala angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa amat menyegarkan. Aku sedang berehat sambil menikmati nasi lemak yang disediakan oleh ibu pada pagi itu.

            Awal-awal pagi lagi ibu sudah ke rumah Mak Teh. Pada hujung minggu ini Mak Teh akan melangsungkan majlis perkahwinan Kak Lina, satu-satunya anak Mak Teh. Sedang aku membelek-belek akhbar semalam, tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil.  Aku menjenguk keluar. Rupa-rupanya Azli dan Rosdi datang. Mereka mengajak aku ke sungai di belakang rumahku.
           
            “Marilah kita mandi di sungai .Sudah lama kita tidak ke sana,” ajak Azli.
            “ Benar, tambahan pula hari inikan cuti. Bolehlah kita lumba berenang. Kau tengoklah kejaguhan aku di air nanti, “ sahut Rosdi pula.

            Namun begitu, aku menolak pelawaan mereka kerana aku teringat pesanan ibu supaya aku tidak meninggalkan rumah.  Lagi pun, aku terpaksa menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Puan Kamilia.   Akhirnya Azli dan Rosdi berlalu menuju ke sungai tanpa aku.

            Tidak lama kemudian kedengaran bunyi riuh-rendah.  Aku nampak ibu Azli bersama beberapa orang kampung berlari ke sungai itu.   Mereka  kelihatan cemas.  Aku turut menyertai mereka.

            Rupa-rupanya Azli telah dihanyutkan arus deras.



31        Apakah tujuan Azli dan Rosdi ke rumah penulis?

            A         Mengajaknya mandi-manda di sungai
B         Meminta kebenaran mandi di sungai
C         Meminjam surat khabar semalam
D         Membincangkan pelajaran sekolah

32        Mengapakah suasana menjadi riuh rendah?

A         Kerana melihat ibu Azli berlari ke sungai
B         Kerana terdengar bunyi suara orang menjerit
C         Kerana Azli tidak pulang ke rumah
D         Kerana Azli hanyut di sungai

33        Yang berikut merupakan perkara yang dilakukan oleh penulis pada pagi itu.

A         membaca buku
B         membaca akhbar
C         membeli nasi lemak
D         membuat kerja sekolah
       
34        Rangkai kata satu-satunya anak Mak Teh bermaksud

A         Kak Lina anak kesayangan Mak Teh
B         Kak Lina anak sulung Mak Teh
C         Kak Lina anak tunggal Mak Teh
D         Kak Lina anak bongsu Mak Teh

35        Berdasarkan petikan, penulis seorang yang…

A         bertanggungjawab
B         mementingkan diri
C         bertolak ansur
D         belas kasihan











Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca temu ramah di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

<><> <><> <><> <><> <><> <><>

Zainal







Doktor



Zainal







Doktor



Zainal



Doktor









Zainal



Doktor











Zainal







Doktor













Zainal



Doktor





:







:



:







:



:



:









:



:













:





:













:



:





Selamat pagi, doktor. Saya Zainal daripada Majalah InfoSihat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor kerana sudi ditemu ramah.



Sama-sama.



Seperti yang kita ketahui, merokok memberikan kesan buruk dari segi kesihatan. Bolehkah doktor jelaskan  apakah penyakit yang berpunca daripada merokok?



Antaranya ialah lemah jantung, radang paru-paru, barah dan batuk kering.



Bagaimana pula dengan kesan-kesan lain?



Kesan-kesan lain yang biasa dialami oleh perokok ialah mulut berbau, kerosakan gigi, penyakit mulut dan gusi, bibir menjadi hitam dan merupakan punca penagihan dadah. Tabiat ini menjejaskan penampilan dan personaliti seseorang.



Doktor, adakah tabiat ini boleh memudaratkan  wanita hamil?



Ya, wanita hamil akan terdedah kepada risiko pertumbuhan kandungannya. Selain itu, berkemungkinan anak yang bakal dilahirkan cacat anggota ataupun terencat akal. Mereka juga akan cepat letih dan pernafasan terganggu. Ini disebabkan  asap rokok mengandungi karbon monoksida yang tinggi.



Pada pendapat doktor, apakah cara-cara untuk membantu seseorang itu menghentikan tabiat merokok?



Mereka haruslah melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti sehingga tiada masa untuk merokok. Di samping itu, pihak kerajaan perlu menjalankan pelbagai langkah yang berkesan seperti mengharamkan iklan rokok dan kegiatan yang berkaitan dengan rokok, mengenakan cukai yang tinggi, sekatan kepada belia di bawah umur 18 tahun daripada membeli rokok serta melarang merokok di tempat awam dan tertutup.



Baiklah, doktor. Apakah nasihat doktor kepada perokok?



Di sini saya ingin menyeru mereka agar berhenti daripada merokok kerana  akan menjejaskan kesihatan.


36        Mengapakah tabiat merokok dikatakan boleh menjejaskan imej seseorang?

A       Merokok satu tabiat yang menjijikkan.
B       Orang yang merokok seperti seorang penagih dadah.
C       Tiada sesiapapun yang ingin berkawan dengan mereka.
            D       Merokok mengakibatkan kesan fizikal yang kurang menyenangkan.


37        Apakah kesan terhadap orang yang tersedut asap rokok?

A       Orang itu akan sesak nafas, pening kepala atau batuk.
B       Mata orang yang tersedut asap rokok akan berair.
            C       Orang itu akan mudah mendapat selesema.
            D       Pernafasan orang itu akan terganggu dan cepat berasa letih.


38        Faktor utama seseorang perokok berhenti daripada tabiat merokok ialah

A       pihak kerajaan mengharamkan iklan rokok.
B       larangan menghisap rokok di tempat awam.
C       keazaman yang tinggi untuk melawan ketagihan merokok.
            D       sekatan kepada remaja di bawah umur 18 tahun daripada membeli rokok.


39        Pernyataan yang manakah tidak benar tentang keburukan merokok.

A       Perokok akan terdedah kepada penyakit jantung, barah dan batuk kering.
B       Keluarga dan masyarakat akan menjauhkan diri daripada seorang perokok.
C       Anak yang dilahirkan oleh wanita yang merokok berkemungkinan akan cacat.
            D       Perokok berkemungkinan terlibat dengan penagihan ganja.


40        Perkataan terencat dalam petikan bermaksud

A       tergendala.
B       tersekat.
C       terbantut.
            D       tercedera.



KERTAS SOALAN TAMAT



 UPSR

SKIMA  BM KERTAS 1


1.A                                          21.B

2.D                                          22.D

3.A                                          23.D

4.C                                          24.A

5.A                                          25.D

6.B                                          26.C

7.B                                          27.B

8.B                                          28.B

9.C                                          29.D

10.A                                        30.C

11.B                                        31.A

12.A                                        32.D

13.C                                        33.B

14.D                                        34.C

15.C                                        35.A

16.C                                        36.D

17.A                                        37.D

18.A                                        38.C

19.C                                        39.B

20.B                                        40.C