PETIKAN PEMAHAMAN
PETIKAN
1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya.
|
Namaku Shahila. Kawan-kawan panggilku Ila sahaja.
Walaupun usiaku sudah 12 tahun namun badanku kecil dan kurus. Kawan-kawan
selalu kata aku macam budak darjah dua. Aku tidak pernah ambil hati dengan
kata-kata itu kerana memang benar bentuk badanku kecil. Kata ibu, semasa aku
dilahirkan, aku seperti bayi normal yang lain malah badanku montel sekali.
Sesiapa sahaja yang datang melihatku pada ketika itu pasti akan mencubit pipiku
yang montel. Namun, sejak berusia setahun badanku semakin hari semakin susut
dan sehinggalah aku disahkan menghidap penyakit thalasemia. Ibu dan ayahku
terpaksa reda dengan keadaan yang berlaku.
Keadaan diri aku tidak segagah kawan-kawanku yang lain. Badanku lemah dan aku
mudah penat. Menurut doktor, badanku tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang
normal. Hemoglobin ialah bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah.
Wajah aku sentiasa kelihatan pucat dan lesu. Aku mudah sesak nafas dan aku
tidak terdaya untuk melakukan kerja-kerja berat. Apabila melihat kawan-kawan
bermain di padang, ada hati juga aku hendak menyertai mereka tetapi
apakan daya, aku tidak bertenaga seperti mereka. Aku hanya mampu memandang
mereka dari luar padang sahaja.
Sebaik sahaja Cikgu Raihan habis mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, loceng
rehat pun berbunyi. Kawan-kawan aku mula bergegas untuk ke kantin maklumlah
mereka masih belum bersarapan lagi. Aku tidak tergesa-gesa untuk ke kantin
kerana setiap hari, ibu akan membekalkan makanan kepadaku. Aku tidak perlulah
bergegas ke kantin untuk membeli makanan. Aku memang bertuah berada di Kelas 6
Gemilang kerana kawan-kawan sering membantu. Dalam keadaan kesihatan aku yang
sebegini, ramai yang menghulurkan bantuan. Bukan sahaja kawan-kawan sekelas
malah guru-guru di sekolah sering bertanya khabar tentang kesihatan aku.
Aku tidak pernah menjadikan alasan penyakitku ini sebagai penyebab untuk tidak
pergi ke sekolah. Malah aku gemar pergi ke sekolah kerana di sekolah ramai
kawan yang akan membantuku terutama dalam bidang pelajaran. Walaupun aku
berpenyakit, aku bukanlah pelajar tercorot dalam kelasku. Aku sentiasa menjadi
pelajar contoh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Kata Angela,
aku anak emasCikgu Tan dan Cikgu Raihan. Mengingatkan kata-kata Angela, aku
akan tersenyum sendirian. Walaupun Angela suka mengusik, namun aku menganggap
kata-katanya sebagai perangsang untuk aku terus maju dalam pelajaran dan
mengejar cita-citaku untuk menjadi doktor.
Walau apa-apapun dugaan yang datang, aku harus menempuhnya dengan tabah kerana
penyakit yang aku hidapi ini bukanlahku pinta. Aku sentiasa mengingatkan diriku
agar jangan menyalahkan takdir kerana aku yakin Allah sayang akan diriku sebab
itu aku diberi ujian sebegini dalam usia yang amat muda. Aku tidak mahu
menyusahkan orang lain dan tidak mahu orang bersimpati dengan takdir yang
menimpa diriku. Aku harus berdikari. Aku juga berjanji untuk tidak mengecewakan
ibu dan ayah serta kawan-kawan di sekolah yang ingin melihat aku sihat dan
berjaya dalam pelajaran.
1
|
Mengapakah badan Shahila kecil dan kurus?
|
|
A
|
Shahila baru berusia 12 tahun.
|
|
B
|
Shahila menghidap penyakit thalasemia.
|
|
C
|
Shahila kelihatan seperti budak darjah dua.
|
|
D
|
Shahila memang begitu sejak dia dilahirkan.
|
|
2
|
Shahila tidak tergesa-gesa pergi ke kantin pada
waktu rehat kerana
|
|
A
|
dia tidak berselera.
|
|
B
|
dia mahu membuat kerja sekolahnya.
|
|
C
|
dia membawa bekalan makanannya sendiri.
|
|
D
|
dia malu hendak berjumpa dengan kawan-kawannya.
|
|
3
|
Mengapakah Shahila menganggap bahawa dirinya
bertuah?
|
|
A
|
Dia menjadi anak emas guru-gurunya.
|
|
B
|
Dia menjadi pelajar contoh di sekolahnya.
|
|
C
|
Dia sering mendapat perhatian guru dan
rakan-rakannya.
|
|
D
|
Dia sering mendapat kejayaan yang cemerlang di
dalam peperiksaannya.
|
|
4
|
Yang berikut ialah penyataan tentang diri Shahila
kecuali
|
|
A
|
Shahila mudah berputus asa.
|
|
B
|
Shahila seorang yang rajin belajar.
|
|
C
|
Shahila seorang yang bercita-cita tinggi.
|
|
D
|
Tiada satu pun yang di atas.
|
|
5
|
Rangkai kata ada hati dalam petikan
bermaksud
|
|
A
|
mempunyai kemahiran.
|
|
B
|
mempunyai keinginan.
|
|
C
|
mempunyai kemampuan.
|
|
D
|
mempunyai kesungguhan.
|
PETIKAN 2
Soalan
1 hingga Soalan 5
Baca
petikan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sakit
kuning atau hepatitis B merupakan suatu penyakit yang sebahagian
besarnya
dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Penyakit ini berlaku apabila tisu-tisu
dalam
tubuh badan dimasuki oleh pigmen hempedu (bilirubin) yang
mengakibatkan
kulit, selaput lendir, dan bahagian mata putih menjadi kuning.
Kadangkala
penyakit ini disebabkan oleh kerosakan pada sel darah merah juga.
Mereka
yang pernah menghidap penyakit anemia, malaria, dan radang paruparu
juga
mudah dihinggapi oleh penyakit tersebut.
Banyak
kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan tentang
penyakit
ini. Antaranya termasuklah pakar-pakar perubatan dari Universiti
California.
Mengikut kajian yang telah dijalankan itu, kanak-kanak yang baru lahir
mudah
diserang penyakit tersebut. Walau bagaimanapun, hasil kajian itu
menunjukkan
bahawa bayi yang lahir cukup bulan dan sihat, tidak perlu dirawat
di
hospital jika mereka mempunyai tanda-tanda diserang penyakit kuning.
Tanda-tanda
tersebut merupakan fenomena biasa bagi kanak-kanak yang
dilahirkan
dalam abad ini.
Kesan
penyakit kuning ini pernah dibincangkan oleh pakar-pakar
pediatrik.
Setelah beberapa kes demam kuning dianalisis, ternyata bahawa
penyakit
ini tidak mendatangkan kesan yang buruk seperti pekak, kurang cerdik,
dan
masalah neurologi. Tanggapan selama ini yang menyatakan bahawa
penyakit
kuning boleh mendatangkan kesan yang buruk merupakan hipotesis
sahaja.
Hal ini demikian kerana tiada bukti yang dijumpai bagi menyokong
pendapat
tersebut.
Bagi
bayi yang lahir tidak cukup bulan amat mudah mendapat kesan
yang
buruk sekiranya menghidap penyakit kuning. Oleh hal yang demikian, bayi
tersebut
perlu mendapat rawatan yang sempurna di hospital. Sekiranya tindakan
segera
untuk merawat bayi tersebut tidak dilakukan kemungkinan besar bayi
tersebut
akan mengalami cacat. Suatu kaedah rawatan yang sesuai untuk
mengatasi
perkara ini terjadi ialah dengan meletakkan bayi tersebut di bawah
cahaya
biru selama 18 hingga 24 jam atau lebih. Rawatan ini dikenal sebagai
fototerapi.
Kaedah rawatan ini sedang diperhalus untuk memperoleh kesan yang
maksimum.
Sementara itu, terdapat alat-alat rawatan yang diperbaharu dan
dipermudah
juga, sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan.
1
Siapakah yang berisiko tinggi menghidapi
sakit kuning?
A
bayi yang lahir tidak cukup bulan
B
kanak-kanak
C
penghidap penyakit anemia, malaria, dan
radang paru-paru
D
kanak-kanak yang kerosakan pada sel
darah merahnya
Portal
Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan
Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 3
2
Bagaimanakah rawatan yang dilakukan
kepada bayi yang menghidap
penyakit
kuning?
A
rawatan secara fototerapi
B
berjemur di bawah cahaya matahari
C
memasukkan pigmen hempedu ke dalam tisu
badan
D
melakukan suntikan vaksin
3
Apakah tanggapan kebanyakan orang
terhadap penghidap sakit kuning?
A
Pengihidap sakit kuning akan mengalami
cacat.
B
Selaput mata penghidap sakit kuning akan
berlendir.
C
Tisu-tisu tubuh badan penghidap sakit
kuning rosak.
D
Penghidap sakit kuning mudah mendapat
radang paru-paru.
4
Semua penyataan yang berikut benar
tentang sakit kuning kecuali...
A
Penghidap sakit kuning boleh dirawat
dengan kaedah tradisional.
B
Penyakit kuning hanya berlaku kepada
kanak-kanak.
C
Sakit kuning disebabkan oleh kerosakan
pada sel darah merah.
D
Penghidap sakit kuning akan mengalami
kekuningan pada bahagian
mata
putih.
5
Kata fenomema dalam petikan
sesuai digantikan dengan kata…
A
akibat.
B
peristiwa.
C
kejadian.
D
tingkah laku.
PETIKAN 3
Soalan
6 hingga Soalan 10
Baca
surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Persatuan
Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah
Kebangsaan Pasir Panjang,
71250
Pasir Panjang,
Negeri
Sembilan.
Pengurus,
Syarikat
Percetakan Daya Maju,
Jalan
Rasah,
71200,
Seremban,
Negeri
Sembilan. 13
MAC 2001.
Tuan,
Memohon
Sumbangan Derma Bagi Menjayakan Seminar Keibubapaan
Saya
diarahkan merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2.
Suka cita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru
sekolah ini telah bermesyuarat pada 2 Mac 2001. Pihak jawatankuasa
telah
mengambil keputusan untuk mengadakan majlis yang tersebut di atas.
3.
Yang berikut ini ialah butir-butir tentang perkara tersebut:
Tarikh
: 1 April 2001
Masa
: 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Tempat
: Dewan Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
4.
Bersempena dengan seminar tersebut, dua orang pakar motivasi akan
diundang
untuk memberikan ceramah tentang kepentingan pendidikan kepada
ibu
bapa murid-murid sekolah ini. Beberapa program lain akan diadakan juga.
Program
tersebut termasuklah pameran tentang kegiatan sepanjang tahun
murid-murid
sekolah ini. Selain itu, pihak jawatankuasa juga bercadang
menjemput
pihak bomba untuk memberikan ceramah tentang langkah-langkah
mencegah
kebakaran. Kemudian, mereka diminta membuat demonstrasi tentang
cara-cara
memadamkan api.
5.
Sehubungan itu, kami meminta jasa baik tuan untuk menghulurkan
sumbangan
ikhlas untuk membolehkan kami menampung perbelanjaan
menjayakan
program-program tersebut. Sumbangan tuan, bolehlah dibayar atas
nama
Bendahari Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau memasukkan terus ke
dalam
akaun kami: BBMB 6-81671612-05 sebelum atau pada 25 Mac 2001.
Portal
Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan
Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 5
Kerjasama
dan kesudian tuan menghulurkan sumbangan untuk menjayakan
seminar
tersebut kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Saya
yang menurut perintah,
NurulHuda
(Nurul
Huda Ismail)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah
Kebangsaan Pasir Panjang.
6
Apakah tujuan surat ini ditulis?
A
untuk memaklumkan tarikh seminar
B
mengundang pengurus Syarikat Percetakan
Daya Bumi ke seminar
C
memohon sumbangan derma
D
memaklumkan tentang penganjuran seminar
keibubapaan
7
Bilakah keputusan untuk mengadakan
seminar keibubapaan dibuat?
A
pada 13 Mac 2001
B
pada 1 April 2001
C
pada 2 Mac 2001
D
pada 25 Mac 2001
8
Pada pendapat anda apakah intipati
ceramah yang akan disampaikan oleh
pakar
motivasi itu?
A
peranan ibu bapa dalam mendidik
anak-anak
B
peranan ibu bapa untuk memperoleh
pendidikan
C
masa hadapan sistem pendidikan
murid-murid sekolah
D
peranan pendidikan kepada ibu bapa
9
Mengapakah sumbangan derma diperlukan
oleh Persatuan Ibu Bapa dan
Guru,
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang?
A
untuk menampung perbelanjaan yang
diperlukan oleh pihak sekolah
B
untuk menampung perbelanjaan
aktiviti-aktiviti murid-murid sekolah
C
untuk menampung perbelanjaan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada
seminar
tersebut
D
untuk menambahkan sumber kewangan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
10
Kata mengundang dalam petikan
tadi sesuai digantikan dengan...
A
menjemput.
B
membawa.
C
mempelawa.
D
memanggil.
PETIKAN
4
Soalan
11 hingga Soalan 15
Baca
puisi di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Renungkanlah,
Kegagalan
bukan bererti mati,
Kita
insan bernyawa,
Selagi
jantung berdenyut,
Kehidupan
perlu diteruskan.
Kejayaan,
Kecemerlangan,
Bebas,
Luas
digapai.
Bukan
wang jadi ukuran,
Bukan
budi jadi sempadan,
Cekal,
tabah,
Disambut
kegigihan,
Mencapai
puncak kejayaan.
Tiada
kata putus asa tersembur,
Tiada
coretan nokhtah ,
Tiada
ukiran sumbing dicipta,
Tiada
tarian sumbang,
Segalanya
pasti terhasil.
11
Mengapakah kita tidak harus kecewa
sekiranya menghadapi kegagalan?
A
kerana kegagalan bukan bererti
kemusnahaan
B
kerana kejayaan akan tercapai pada
bila-bila masa
C
kerana orang yang kecewa tidak
berpeluang untuk memperoleh
kejayaan
D
kerana setiap orang tidak akan
menghadapi kegagalan
12
Kata digapai dalam puisi
bermaksud...
A
diambil.
B
dicapai.
C
dicari.
D
dikumpul.
13
Kejayaan dapat dicapai dengan
mengamalkan sikap-sikap berikut kecual...
A
tabah.
B
gigih.
C
gagah.
D
cekal.
14
Maksud perenggan terakhir dalam puisi
tadi ialah...
A
kejayaan sentiasa diperoleh oleh setiap
orang.
B
usaha yang bersungguh-sungguh pasti
memperoleh kejayaan.
C
kejayaan mudah dicapai.
D
kejayaan akan tercapai walaupun tanpa
usaha yang gigih.
15
Pada pendapat anda tajuk yang sesuai
untuk puisi tadi mungkin sekali...
A
Kegagalan.
B
Kegigihan.
C
Kejayaan.
D
Kekecewaan.
PETIKAN 5
Soalan
16 hingga Soalan 20
Baca
laporan di bawah ini.Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Pada
minggu yang lalu Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan
Taman
Rakan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah ladang getah
di
Sungai Ara , Perak. Tujuan lawatan kami ialah untuk mengetahui cara-cara
getah
ditoreh dan diproses.
Setelah
sampai di sana, kami telah disambut oleh pengurus ladang
tersebut,
Encik Halim bin Bakar. Kami telah dibawa ke bilik khas dan diberi
taklimat
ringkas selama 15 minit. Kemudian, seorang pekerja ladang itu telah
membawa
kami ke ladang getah lalu menunjukkan kepada kami cara menoreh
getah
yang betul. Pekerja itu menggunakan sejenis pisau getah khas. Batang
getah
ditoreh pada bahagian kulit pokok di sekelilingnya hingga mengeluarkan
susu
getah. Susu getah berwarna putih dan pekat.
Susu
getah pula mengalir ke dalam sebuah mangkuk plastik yang diikat
pada
pokok getah. Selepas beberapa jam, susu tadi dikumpulkan ke dalam
sebuah
baldi besi lalu dibawa ke kilang.
Kami
kemudiannya dibawa ke kilang dan berpeluang melihat bagaimana
getah
diproses. Di kilang memproses getah, susu getah dibekukan. Kemudian,
dimesin
dengan mesin khas menjadi bentuk kepingan. Kepingan-kepingan getah
itu
disalai di rumah asap. Kepingan-kepingan yang telah disalai, diperiksa untuk
menentukan
mutu dan kelas getah tersebut. Kepingan-kepingan getah ini
dihantar
ke kilang-kilang memproses bahan-bahan yang dibuat daripda getah
atau
dieksport ke luar negara.
Setelah
tamat lawatan itu, kami terus pulang ke sekolah. Lawatan kami
amat
menarik dan dapat menambah pengetahuan tentang pemprosesan getah di
Malaysia.
Sekian.
Disediakan
oleh,
Mohd
Firdaus
(MOHD.
FIRDAUS) 30 APRIL 2000.
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah
Kebangsaan Taman Rakan
16
Apakah kegunaan mangkuk plastik yang
diikat pada pokok getah?
A
mengumpul getah
B
menakung susu getah
C
menahan air hujan
D
membekukan susu getah
17
Apakah tujuan lawatan tersebut?
A
menambahkan pengetahuan dan teladan
B
melihat cara getah ditoreh dan diproses
C
melihat cara penoreh menoreh getah
bekerja di ladang getah
D
mengetahui kegiatan-kegiatan yang
dilakukan di ladang getah
18
Yang berikut ialah maklumat yang mungkin
diperoleh oleh murid-murid
kecuali…
A
mengetahui cara menoreh getah dan cara
getah diproses.
B
mengetahui proses menoreh dan mengumpul
susu getah.
C
mempelajari cara-cara menoreh getah.
D
melihat getah yang telah menjadi
kepingan disalai.
19
Susun ayat-ayat yang berikut mengikut
urutan pemprosesan getah yang
betul.
I
Getah ditoreh dengan menggunakan pisau khas.
II
Kepingan getah disalai di rumah asap.
III
Susu getah mengalir ke dalam mangkuk getah.
IV
Susu getah dibekukan menjadi kepingan.
A
I, II, III, dan IV
B
II, I, III, dan IV
C
I, III, II, dan IV
D
I, III, IV, dan II
20
Yang berikut ialah barangan yang dibuat
daripada getah kecuali…
A
baju hujan.
B
tayar.
C
kasut
D
baldi.
PETIKAN 6
Soalan
1 hingga Soalan 5
Baca
cerita di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Mesyuarat
Kelab Kembara baru saja berakhir. Ginang telah dilantik oleh Cikgu
Idrus
sebagai ketua ekspedisi rimba yang akan dijalankan. Husaini dan beberapa
orang
rakannya berasa kecewa. Kekecewaan mereka bukanlah disebabkan
oleh
rasa iri hati terhadap Ginang, tetapi terhadap cara Cikgu Idrus menilai
keupayaan
mereka.
“
Saya kurang bersetujulah dengan cara Cikgu Idrus tadi. Beliau
sepatutnya
membuat pemilihan dengan bijak dan adil,” kata Husaini kepada
Rafik
dan Sudin.
“Yalah.
Mentang-mentang Ginang tu berbadan besar, kita yang kecil-kecil
ni
langsung tidak dipandangnya,” Rafik meluahkan kekecewaannya.
“
Apa yang harus kita buat, Husaini?” tanya Sudin pula.
“
Rasa saya tidak ada faedahnya kita merungut-rungut saja. Pelantikan
telah
dibuat dan kita perlu akur. Kita perlulah bekerjasama dengan sepenuh hati.
Harap-harap
Ginang akan menjadi seorang ketua yang baik.”
Apabila
tiba hari yang dinantikan, ekspedisi rimba pun bermula. Husaini
dan
rakan-rakannya yang lain sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh
Ginang.
Mereka sedikitpun tidak menunjukkan rasa marah atau kecewa.
Sebaliknya,
mereka sentiasa saja tolong-menolong, bagai aur dengan tebing.
Pada
suatu hari, mereka tiba di sebatang sungai yang agak dalam airnya.
Untuk
menyeberangi sungai itu mereka terpaksa meniti sebatang kayu. Keadaan
agak
berbahaya kerana batang kayu itu sangat licin.
Tiba-tiba,
sesuatu yang tidak diduga akhirnya berlaku. Rafik tergelincir lalu
jatuh
ke dalam sungai.
Ginang
tidak tahu berbuat apa-apa. Dia sudah mati akal. Hendak terjun ke
dalam
sungai tersebut, dia berasa takut. Dia hanya memperhatikan saja anak
buahnya
itu terkapai-kapai dibawa arus.
Mujurlah
Husaini cepat bertindak. Dia menyuruh Sudin mencari sebatang
kayu
yang panjang. Tanpa rasa gentar, dia terjun ke dalam sungai. Dia memaut
badan
rakannya itu lalu berenang ke arah batang kayu yang dihulurkan oleh
Sudin.
Akhirnya Rafik berjaya diselamatkan.
Cikgu
Idrus terpegun melihat kejadian itu. Beliau tidak menyangka bahawa
Husaini
yang bertubuh kecil itu sungguh berani dan tinggi semangatnya.
Portal
Pendidikan Utusan 2002 © Hak Cipta Terpelihara
Utusan
Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur 3
“Kecil-kecil
lada api, besar-besar-besar lada abung.” Itulah kata-kata yang
terkeluar
dari mulut Cikgu Idrus sewaktu ingin mengucapkah tahniah kepada
Husaini
dan Sudin.
1.
Mengapakah Husaini dan rakan-rakannya kecewa?
A
kerana tidak suka akan sikap Ginang yang sombong
B
kerana tidak terpilih menyertai ekspedisi rimba
C
kerana tidak bersetuju dengan cara pemilihan ketua ekspedisi rimba
D
kerana gagal menunjukkan kemampuan kepada Cikgu Idrus
2.
Apakah faktor yang mungkin dinilai oleh Cikgu Idrus untuk memilih
Ginang
sebagai ketua ekspedisi rimba?
A
kebijaksanaan
B
ketahanan mental
C
keberanian
D
sifat fizikal
3.
Apakah nasihat Husaini kepada rakan-rakannya?
A
membantah pelantikan Ginang sebagai ketua ekspedisi
B
memulaukan kegiatan ekspedisi yang akan dijalankan
C
memberikan sokongan yang padu kepada Ginang
D
mengadukan hal tersebut kepada Guru Besar
4.
Apakah faktor yang menunjukkan bahawa Ginang bukanlah seorang
ketua
ekspedisi yang baik?
A
sikapnya yang selalu memberikan arahan
B
sifatnya yang penakut dan mudah panik
C
hobinya yang suka menyertai kegiatan lasak
D
hubungan baik yang dijalinkannya dengan Cikgu Idrus
5.
Apakah yang dimaksudkan oleh peribahasa “kecil-kecil lada api, besarbesar
lada
abung”?
A
lebih baik kecil tetapi berani daripada besar tetapi penakut
B
orang berani biasanya kecil, tetapi orang yang penakut biasanya besar
C
tidak guna bertubuh kecil dan berani, tetapi biarlah bertubuh besar
walaupun
penakut
D
jangankan yang kecil, yang besar pun selalunya penakut
PETIKAN
7
Soalan
6 hingga Soalan 10
Suasana
di rumah Encik Kamal agak sibuk. Banyak jiran yang datang ke
rumahnya.
Walaupun majlis perkahwinan anak perempuannya Shakila , akan
berlangsung
seminggu lagi, Encik Kamal telah menjemput orang kampung
bermesyuarat
di rumahnya.
Ketua
kampung, Encik Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat itu.
Mereka
berbincang tentang pembahagian kerja yang akan dilakukan seperti
melapah
daging lembu, memasak, mendirikan khemah, membasuh pingganmangkuk,
dan
sebagainya.
Pada
petang Sabtu, sehari sebelum majlis perkahwinan dijalankan,
kemeriahan
majlis mula dirasai. Kaum wanita sibuk di dapur. Mereka mengupas
bawang,
kentang, merebus telur, dan sebagainya. Sementara kaum lelaki pula
sibuk
dengan tugas-tugas mendirikan khemah.
Perancangan
teliti yang diatur menjadikan majlis perkahwinan berjalan
lancar.
Tugas-tugas mengangkat hidangan dilakukan oleh golongan muda.
Begitu
juga dengan tugas mengemas dan membersihkan meja. Tuan rumah
sibuk
melayan tetamu yang datang berkunjung. Pasangan mempelai tersenyum
simpul
bersanding di atas pelamin yang direka khas.
Kira-kira
pukul 5.00 petang, keadaan di rumah pengantin mulai lengang.
Para
tetamu mula beredar meninggalkan majlis kenduri itu. Sungguhpun begitu,
petugas-petugas
masih lagi meneruskan kerja masing-masing sehingga selesai.
Encik
Kamal dan isterinya sungguh gembira.. Hal ini demikian kerana
orang-orang
kampung dan saudara mara mereka banyak menghulurkan
bantuan.
Konsep “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” yang diamalkan
telah
memungkinkan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar dan
sempurna.
6.
Pada hari apakah majlis perkahwinan Shakila diadakan?
A.
Sabtu
B.
Ahad
C.
Isnin
D.
Selasa
7.
Apakah tujuan Encik Kamal memanggil orang kampung bermesyuarat di
rumahnya?
A.
untuk mengumumkan berita perkahwinan anaknya
B.
untuk menyuruh orang kampung memulakan tugas mereka
C.
untuk membahagi-bahagikan tugas yang patut dilakukan
D.
untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka
8.
Siapakah sibuk melayan tetamu semasa berlangsungnya majlis
perkahwinan
itu?
A.
Encik Kamal
B.
Encik Ibrahim
C.
Shakila
D.
Orang kampung
9.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud…
A
barang yang berat hendaklah diangkat bersama-sama.
B
segala kesusahan dan kesenangan sama-sama ditanggung.
C
sesuatu kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul.
D
bertolak-ansur dalam membuat sesuatu pekerjaan.
10.
Tugas-tugas yang berikut dilakukan sebelum majlis perkahwinan
dilangsungkan
kecuali…
A.
mengangkat hidangan.
B.
mendirikan khemah.
C.
mengupas bawang.
D.
merebus telur.
PETIKAN
8
Soalan
11 hingga Soalan 15
Baca
surat kiriman di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
12,
Jalan Kebun Bunga,
Kampung
Alur Rumbia,
83000
Batu Pahat,
Johor
Darul Takzim. 12
November 2001.
Menemui
sahabatku, Ariana yang kini berada di Segamat, semoga beroleh
kesejahteraan
sentiasa.
Saudari,
Apa
khabar saudari sekarang? Harapan saya agar saudari sekeluarga dalam
keadaan
sihat sejahtera. Bagi pihak diri saya sekeluarga, kami sihat-sihat saja.
Masih
ingatkah saudari pada dusun buah-buahan ayah saya? Kira-kira dua
tahun
yang lalu, ketika pertama kali saudari berkunjung ke sini, saudari telah
dibawa
melawat ke dusun ayah saya. Pada ketika itu, pokok buah-buahan masih
belum
berbuah. Banyak kerja yang kita lakukan bersama. Kita menebas lalang,
menabur
baja, membuat batas, dan sebagainya. Saudari pernah menyatakan
bahawa
jika pokok-pokok itu berbuah, saudarilah orang pertama yang mahu
menikmati
keenakan buah-buahan di dusun itu.
Kata-kata
saudari itu masih segar di ingatan saya. Oleh sebab itulah, saya
menulis
surat ini. Saya ingin mengundang saudari datang ke rumah saya. Hal ini
demikian
kerana pokok buah-buahan di dusun ayah saya sedang lebat berbuah.
Dalam
masa seminggu dua ini, buah-buahan tersebut akan masak ranum. Saya
pasti
bahawa saudari akan berasa cukup gembira. Saudari bukan saja boleh
makan
buah-buahan tersebut sepuas-puasnya tetapi juga dapat melihat hasil titik
peluh
saudari sendiri.
Oh,
ya! Baru-baru ini, ayah didatangi oleh beberapa orang pemborong dari
bandar.
Mereka ingin membeli buah-buahan ayah dengan harga yang tinggi.
Menurut
mereka, permintaan terhadap buah-buahan tempatan terutamanya
daripada
pengusaha-pengusaha hotel cukup menggalakkan. Nampaknya, usaha
kita
berbudi kepada Bumi memang tak merugikan. Bak kata peribahasa,
berakit-rakit
ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang
kemudian.
Rasanya
cukuplah setakat ini coretan saya. Diharapkan agar saudari sudi
menerima
undangan ini. Akhir kata, sambutlah salam mesra untuk saudari
sekeluarga
di sana. Sekian, terima kasih.
Yang
benar,
ZAleha
11
Mengapakah Zaleha menulis surat kepada Ariana?
A
untuk bertanyakan khabar Ariana
B
untuk menjemput Ariana datang ke rumahnya
C
untuk memberitahu kedatangannya ke rumah Ariana
D
untuk membalas surat Ariana
12
Pada tahun bilakah Ariana berkunjung ke rumah Zaleha buat pertama
kalinya?
A
1998
B
1999
C
2000
D
2001
13
Kata seerti bagi kata keenakan ialah…
A
kesedapan.
B
kebaikan.
C
keharuman.
D
kemanisan.
14
Rangkaian kata-kata berbudi kepada Bumi yang terdapat dalam petikan
bermaksud…
A
berbakti kepada negara.
B
berusaha di tanah air sendiri.
C
bercucuk tanam.
D
berjasa kepada keluarga.
15
Pilih penyataan yang tidak benar.
A
Ariana merupakan rakan sekampung Zaleha.
B
Amalan bercucuk tanam merupakan amalan yang amat berfaedah.
C
Pokok buah-buahan di dusun ayah Zaleha sedang lebat berbuah.
D
Ariana turut menyumbangkan tenaga mengerjakan dusun ayah
Zaleha.
PETIKAN 9
Soalan
16 hingga Soalan 20
Baca
catatan di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.
14
Jun 2001
7.00
pagi
Dalam
suasana kesejukan pagi, saya dan rakan-rakan mula bergerak ke
destinasi
dengan menaiki sebuah lori. Setelah lebih kurang satu jam setengah
melalui
jalan sempit dan berbecak, akhirnya kami tiba di kaki Gunung Inas.
Ketibaan
kami disambut oleh Pak Mail yang akan menjadi jurupandu dalam
pendakian
kami. Pak Mail yang merupakan anak jati Kampung Ulu, iaitu
kampung
yang paling hampir dengan kaki Gunung Inas amat mahir tentang
selok-belok
di kawasan berkenaan.
9.00
pagi
Kami
memulakan pendakian dengan penuh bersemangat. Semakin tinggi kami
mendaki
semakin sejuk kami rasakan. Di sepanjang perjalanan kami dapat
melihat
pelbagai flora yang menakjubkan. Keindahan alam semula jadi yang
masih
belum tercemar begitu menambat hati kami. Kami tidak melepaskan
peluang
bertanya kepada Pak Mail tentang khazanah rimba yang belum pernah
kami
temukan selama ini. Pak Mail memeperkenalkan kepada kami pokokpokok
,
akar, dan daun-daun ubat tradisional seperti Tongkat Ali, Keduduk Putih,
dan
Kacip Fatimah.
12.30
tengah hari
Kami
berhenti rehat di tebing sebatang anak sungai untuk makan tengah hari.
Setakat
ini kami tidak menghadapi sebarang masalah, namun cabaran yang
bakal
ditempuhi pastinya lebih hebat.
1.30
Petang
Kami
meneruskan perjalanan. Pendakian semakin mencabar. Ketahanan fizikal
dan
mental kami benar-benar teruji. Kami terpaksa meniti batang balak untuk
melepasi
halangan, berjalan di lereng bukit dengan hanya berpaut pada akar,
dan
melintasi empat batang sungai yang deras airnya. Setelah lebih kurang
empat
jam menempuh pelbagai rintangan dan dugaan, akhirnya kami tiba di Lata
Lawin.
Setelah mendapat tempat yang sesuai, kami pun memasang khemah.
16
Pukul berapakah penulis tiba di kaki Gunung Inas?
A
7.30 pagi
B
8.30 pagi
C
9.00 pagi
D
9.30 pagi
17
Mengapakah Pak Mail dipilih menjadi jurupandu dalam pendakian itu?
A
Pak Mail adalah anak jati Kampung Ulu.
B
Pak Mail amat arif tentang pokok-pokok, akar dan daun-daun ubat
tradisional.
C
Pak Mail mahir tentang keadaan yang bersangkut-paut dengan
kawasan
di gunung itu.
D
Pak Mail sangat peramah dan baik hati.
18
Berapa lamakah penulis dan rakan-rakannya berhenti rehat?
A
setengah jam
B
sejam
C
satu jam setengah
D
dua jam
19
Mengapakah penulis mengatakan bahawa pendakian mereka semakin
mencabar?
A
kerana terpaksa meniti batang balak
B
kerana terpaksa bejalan di lerang bukit
C
kerana terpaksa melintasi sungai yang deras
D
kerana terpaksa memasang khemah
20
Pilih penyataan yang tidak benar.
A
Penulis dan rakan-rakannya memulakan pendakian pada pukul 9.00
pagi.
B
Alam semula jadi di kawasan itu masih belum tercemar.
C
Penulis dan rakan-rakannya tiba di lata Lawin pada pukul 6.00
petang.
D
Tongkat Ali
No comments:
Post a Comment