TATA BAHASA
ANTONIM
Pilih perkataan
berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.
1 Api yang membakar hutan itu padam
setelah hujan turun dengan lebatnya.
A malap C nyala
B marak D terang
2 Orang kaya yang bakhil
itu telah menerima pembalasan atas segala perbuatannya.
A pemurah C kikir
B baik hati D jujur
3 Keadaan di dalam kelas itu
agak kelam-kabut.
A teratur C cantik
B kemas D sistematik
Soalan 4 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1
4 Congkak ialah permainan tradisional
yang masih dimainkan sehingga kini.
A moden C depan
B maju D baru
5 Semua fail di pejabat itu berselerak
setelah dipindahkan ke tempat baru.
A terurus C tertimbun
B tersusun D terlonggok
6 Rumah-rumah yang dirobohkan
oleh pihak pemaju itu merupakan rumah haram.
A dibaiki C dielokkan
B dimajukan D dibangunkan
7 Azmi menghela nafasnya
semasa mendengar cerita ngeri yang disampaikan oleh Norin.
A menarik C menghembus
B menolak D meniup
8 Pak Bakar mencantumkan batu-bata itu dengan
menggunakan simen.
A meleraikan
B menghubungkan
C memisahkan
D memutuskan
9 Kanak-kanak itu sangat gembira
melihat persembahan kawan-kawan mereka.
A jelak C sedih
B muak D bosan
10 “Kamu sangat bertuah
kerana disayangi ibu bapa kamu,” kata
Tahar.
A untung C malang
B rugi D sial
11 Pihak polis telah mengarahkan AJK
masjid itu supaya menggali kubur itu semula.
A menutup
B menimbus
C mengorek
D menanam
12 Pergaduhan antara Koh dan Bob
itu dileraikan oleh Lokman.
A dihangatkan
B dimulakan
C diapi-apikan
D dikendurkan
13 Kebanyakan binatang di zoo mini
itu adalah jinak.
A liar C garang
B bengis D taat
14 Penduduk kampung memuji
tindakan penghulu kampung.
A membantah
B mengesali
C mengeji
D menegur
15 Hubungan Zaida dengan adiknya
semakin renggang.
A rapat C hampir
B lekat D jarang
Jawapan
1 C 2 A 3 A 4
A 5 B
6 D 7 C 8 D 9
C 10 C
11 B 12 B 13 A 14
C 15 A
AYAT SAMA MAKSUD
AYAT SAMA MAKSUD
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
1 “Bersihkanlah meja makan itu,”suruh ibu kepada Ziana.
A Ziana menyuruh ibunya
membersihkan meja makan itu.
B Ibu Ziana menyuruh
Ziana membersihkan meja makan itu.
C Ibu
Ziana menyuruh meja membersihkan Ziana makan itu.
D Ziana menyuruh ibu
Ziana membersihkan makan meja itu.
2 “Susunkan buku-buku itu di atas rak,” suruh guru kepada
Zaiton.
A Guru menyuruh Zaiton
menyusun buku di atas rak.
B Zaiton menyuruh
gurunya menyusun buku di atas rak.
C Zaiton menyuruh rak
menyusun buku di atas rak.
D Buku disuruh susun
oleh Zaiton di atas rak.
3 Arnie memuji Lilian yang berpakaian menarik.
A “Pakaian
saya menarik,” kata Arnie kepada Lilian.
B “Pakaian awak sangat
menarik,” kata Arnie kepada Lilian.
C “Pakaian awak sangat
menarik,” kata Lilian kepada Arnie.
D “Pakaian awak sangat
menarik,” kata Lilian.
4 Jurulatih itu berkata,“Kamu semua haruslah bekerjasama untuk
mencapai kemenangan.”
A Jurulatih
itu menasihatkan supaya pemain-pemainnya bekerjasama untuk mencapai kemenangan.
B Jurulatih itu
menyuruh pemain-pemainnya bekerjasama untuk menang.
C Jurulatih itu memaksa
pemain-pemainnya bekerjasama untuk menang.
D Jurulatih itu
menasihatkan dirinya agar bekerjasama dengan pemain-pemain untuk memenangi
perlawanan.
5 “Ilmu pengetahuan amat penting untuk memajukan bangsa dan
negara kita,”kata Perdana Menteri.
A Perdana
Menteri mengumumkan bahawa ilmu pengetahuan sangat penting kepada bangsa dan
negara.
B Perdana Menteri menyatakan
bahawa bangsa dan negara yang maju perlu mendapat ilmu pengetahuan.
C Perdana
Menteri menyatakan bahawa ilmu pengetahuan sangat penting untuk memajukan
bangsa dan negara.
D Perdana
Menteri memberitahu bahawa negara dan ilmu pengetahuan tidak dapat dipisahkan.
6 “Nani,
tolong saya edarkan buku latihan ini kepada rakan-rakan sekelas kamu,” kata
Cikgu Raziah.
A Cikgu
Raziah menolong Nani mengedarkan buku latihan kepada rakan-rakan sekelasnya.
B Cikgu
Raziah meminta pertolongan Nani untuk mengedarkan buku latihan kepada
rakan-rakan sekelasnya.
C Cikgu
Raziah mengedarkan buku latihan kepada rakan-rakan sekelasnya dengan bantuan
Nani.
D Cikgu
Raziah menerangkan kepada Nani bahawa buku latihan itu akan diedarkan kepada
rakan-rakan sekelasnya.
7 Salah
satu punca masalah disiplin di kalangan pelajar ialah kurangnya tumpuan yang
diberikan kepada mereka.
A Mereka
kurang memberikan tumpuan kepada pelajar menyebabkan masalah disiplin di
kalangan pelajar berlaku.
B Kurangnya
tumpuan pelajar ialah punca berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar .
C Tumpuan
yang kurang terhadap pelajar merupakan satu punca berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar.
D Masalah
disiplin di kalangan pelajar berlaku adalah salah satu punca.
8 “Peristiwa
sedih itu masih terbayang di ingatan saya sehingga kini,” kata Juita.
A Juita
masih mempunyai ingatan sehingga kini untuk mengingati peristiwa sedih itu.
B Juita
masih bersedih kerana terbayang akan
peristiwa dalam ingatan itu.
C Juita
masih mempunyai ingatan yang kuat untuk membayangkan peristiwa sedih itu.
D Juita
tidak dapat melupakan peristiwa yang sedih itu sehingga kini.
9 “Siti,
ini Mei Ling. Kami tinggal sekampung dan berkawan sejak kecil lagi,” kata Azma.
A Azma
memperkenalkan Siti kepada Mei Ling, sahabatnya sejak kecil dan jiran
sekampungnya.
B Mei
Ling memperkenalkan dirinya kepada Azma sebagai jiran sekampung dan teman Siti
sejak kecil.
C Azma
diperkenalkan kepada Siti oleh Mei Ling, iaitu jiran sekampung dan teman sejak
kecil mereka.
D Azma
memperkenalkan Mei Ling, sahabat baiknya dan jiran sekampungnya kepada Siti.
10 Badak
yang hidup di Asia semakin pupus berikutan kegiatan pembalakan dan perburuan
haram.
A Di
Asia, badak yang hidup akibat kegiatan pembalakan, dan perburuan haram semakin
pupus.
B Kehidupan
badak Asia semakin pupus berikutan kegiatan pembalakan dan perburuan haram.
C Kegiatan
pembalakan dan perburuan haram mengakibatkan badak yang hidup di Asia semakin
pupus.
D Kegiatan
pembalakan dan perburuan haram semakin pupus berikutan badak yang hidup di
Asia.
11 Kata
Salwa,”Janganlah menuduh saya. Saya sebenarnya tidak tahu.”
A Salwa
menuduh bahawa dia tidak tahu sebenarnya jangan saya.
B Salwa
berharap supaya dia tidak dituduh kerana sebenarnya dia tidak tahu.
C Salwa
berharap supaya sebenarnya dia tidak tahu janganlah dia dituduh.
D Salwa
sebenarnya berharap dia janganlah dituduh walaupun dia tahu.
12 Kata
pegawai polis itu,“ Awak akan ditangkap sekiranya didapati bersalah.”
A Pegawai
polis itu menyatakan bahawa dia bersalah dan akan ditangkap.
B Pegawai
polis itu bersalah dan dia akan dituduh dan ditangkap.
C Pegawai
polis itu menyatakan dia akan ditangkap sekiranya didapati salah.
D Pegawai
polis itu menyatakan kepadanya bahawa dia akan ditangkap sekiranya didapati
bersalah.
13 Penghulu
menggalakkan Salim supaya menanam tebu di kebunnya.
A Penghulu
berkata kepada Salim, “Tanamlah pokok tebu di kebun awak.”
B Penghulu
berkata kepada Salim, “Makanlah tebu di kebun awak.”
C Penghulu
berkata kepada Salim, “Tanamlah awak di kebun tebu.”
D Penghulu
berkata kepada Salim, “Galakkan saya menanam tebu di kebun awak.”
14 Khamad
telah diminta oleh rakan-rakannya menyanyi untuk mereka.
A Khamad
dan rakan-rakannya telah menyanyi untuk mereka.
B Rakan-rakan
mereka meminta kawan-kawan Khamad menyanyikannya.
C Khamad
telah meminta rakan-rakannya untuk mereka.
D Rakan-rakan
Khamad telah meminta menyanyi untuk mereka.
15 Guru
kelas telah memberitahu murid-murid supaya berhati-hati apabila menjawab
soalan-soalan peperiksaan.
A Kata
guru kelas,”Murid-murid, berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan
peperiksaan.
B Kata
guru kelas,”Supaya murid-murid berhati-hati apabila menjawab soalan-soalan
peperiksaan.
C Kata
guru kelas,”Menjawablah peperiksaan berhati-hati apabila disoal.
D Kata
guru kelas,”Kamu hendaklah menjawab soalan dengan berhati-hati di dalam
peperiksaan
Jawapan
1 B 2
A 3 B 4 A 5 C
6 B 7
C 8 D 9 D 10 C
11 B 12
D 13 A 14 D 15 A
Wah, mudahnya latihan cikgu!Best arrr
ReplyDelete