Karangan
Berita
Latihan
Berpandu
Arahan : Isi tempat kosong bagi karangan di bawah
dengan menggunakan perkataan-perkataan yang
diberi.
Soalan : Sekolah kamu telah mengadakaan Karnival
Pusat Sumber. Sebagai pemberita majalah sekolah, kamu dikehendaki menulis berita
tentang aktiviti yang dijalankan. Tulis berita itu
selengkapnya.
matlamat penyampaian dimanfaatkan penghargaan
mempromosi melibatkan ucapan alu-aluan
pengisian
pemenang dirasmikan menganjurkan
paluan
mempamerkan
BANDAR BARU SELAYANG, Sabtu – Sekolah Kebangsaan
Bandar Baru Selayang telah ________ satu Karnival Pusat Sumber
baru-baru ini. Karnival tersebut telah _______ oleh Yang Berhormat Dato’ Subahan
Kamal.
Karnival Pusat Sumber ini diadakan untuk ________ pusat sumber kepada
warga sekolah dan ibu bapa. Hal ini kerana pusat sumber selaku gedung ilmu perlu
________ dengan sebaik-baiknya oleh warga sekolah. Selain itu, aktiviti-aktiviti
yang dijalankan semasa carnival mampu mengeratkan hubungan yang baik antara
guru, ibu bapa dan murid-murid.
Upacara perasmian dimulakan dengan _______ kompang oleh Kelab Kebudayaan
sekolah yang menyambut ketibaan Yang Berhormat Dato” Subahan Kamal. Acara dimulakan dengan Puan Hajah
Nurhena selaku Guru Besar menyampaikan
__________ . Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Subahan telah menyampaikan ucapan.
Dalam ucapannya, beliau menyeru agar murid-murid sentiasa menggunakan pusat
sumber sekolah dengan sebaik-baiknya.
Banyak aktiviti menarik yang diadakan sebagai ________ kepada Karnival
Pusat Sumber tersebut. Antaranya diadakan aktiviti “explorace” yang ________
hamper 60 orang murid dan juga ibu bapa. Mereka berusaha bersungguh-sungguh
untuk memenangi pertandingan itu.
Terdapat juga pertandingan melukis
dan mewarna bagi murid tahap satu dan tahap dua. Pertandingan ini bertemakan
“Pusat Sumber Sebagai Gedung Ilmu.” Semua murid yang mengambil bahagian _________ bakat melukis.
Di samping itu, diadakan juga gerai-gerai jualan pelbagai barangan dan pameran
buku bertempat di pusat sumber sekolah.
Kemuncak acara pada hari itu ialah
acara _______ hadiah. Yang Berhormat Dato’ Subahan Kamal telah menyampaikan
hadiah kepada para _______. Mereka
menerima hadiah berupa hamper dan sijil ______ . Para pemenang berasa sangat
gembira.
Karnival Pusat Sumber pada hari
itu berakhir pada pukul 2.00 petang. Semua murid dan guru bergotong-royong
membersihkan kawasan sekolah. Mereka pulang dengan perasaan gembira kerana
______ karnival tersebut telah tercapai.
No comments:
Post a Comment