Contoh Karangan Surat Tidak
Rasmi
Soalan:
Anda mempunyai seorang kawan yang tinggal di negeri lain. Tulis surat kepadanya
untuk menceritakan tentang tempat-tempat menarik di negara
ini.
1,
Jalan Patin,
Seksyen
17,
40200
Shah Alam,
Selangor
Darul Ehsan.
22
Jun 2010.
Menemui sahabatku Suraya bt Saharin
yang kini berada di Kota Bahru, Kelantan dengan selamatnya. Apa khabar saudari
di sana? Saya doakan agar saudari dalam kandungan sihat walafiat. Buat diri saya
dan keluarga di sini juga sihat-sihat belaka.
Saudari,
Terlebih dahulu saya ingin memohon
maaf atas keterlewatan membalas surat saudari. Maklumlah, saya baru sahaja
selesai menduduki Ujian Pertengahan Tahun. Saya banyak menggunakan masa dengan
mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tambahan, kelas tiusyen, seminar dan
sebagainya. Pada bulan September pula, saya akan menduduki Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR).
Oh ya! Dalam surat yang terdahulu,
saudari ada menceritakan tentang keindahan negeri Kelantan. Wah, saya sangat
teruja untuk bercuti ke sana! Untuk pengetahuan saudari, di Shah Alam juga ada
banyak tempat menarik. Antaranya ialah Masjid Negeri, Muzium Negeri, Taman Tasik
Shah Alam, Taman Pertanian Bukit Cerakah, Taman ICT dan lain-lain
lagi.
Masjid Negeri Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Selain untuk tempat
bersolat, masjid negeri ini menjadi tempat untuk pelbagai aktiviti keagamaan
seperti belajar agama, mengaji quran, mengadakan program motivasi dan
sebagainya. Saya juga pernah menyertai Program Khemah Ibadah yang dianjurkan
oleh pihak sekolah saya dengan kerjasama pihak masjid negeri. Untuk pengetahuan
saudari, ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke masjid ini
untuk menyaksikan sendiri krindahan dan keunikan senibinanya yang menggabungkan
unsur kesenian Islam dan moden.
Di Taman Pertanian Bukit Cerakah
pula, kita dapat melihat pelbagai perkara berkaitan aktiviti pertanian. Kita
dapat menimba ilmu tentang flora dan fauna di negara ini. Jikalau saudari datang
ke sini, saudari boleh memilih untuk menaiki bas khas atau menunggang basikal
untuk menjelajah kawasan pertanian yang luasnya beribu hektar ini. Di sini juga
saudari juga boleh mengalami sendiri suasana rumah empat iklim. Rumah ini
memberi kita peluang merasa musim sejuk, bunga, luruh dan panas seperti yang
dialami di negara-negara Eropah.
Hanya
setakat ini dahulu cerita saya tentang tempat-tempat menarik di Shah Alam. Saya berharap agar saudari dapat
datang ke Shah Alam. Jika saudari datang
ke sini, saya berjanji akan membawa saudari ke tempat-tempat tersebut.
Akhir
kata, sambutlah salam manis daripada saya. Semoga kita berjumpa lagi di lain
lembaran.
Sekian
, terima kasih.
Yang benar,
Aina
Shafik
No comments:
Post a Comment