Tuesday, 26 June 2012



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA


Bukit Saint Paul (Bandar Hilir) - Pemandangan Selat Melaka
Bukit ini menempatkan “Our Lady of the Hill”, sebuah gereja Saint Paul yang dibina di puncaknya pada tahun 1521. Gereja Portugis yang menghadap keindahan dan kesibukan Selat Melaka ini telah ditinggalkan oleh penjajah Portugis dan yang tinggal kini hanyalah serpihan bangunan tanpa berbumbung. Beberapa blok nisan empat segi besar tersandar di dinding bangunan bersejarah ini dan terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung ‘membuang’ hajat dengan duit syiling. Jangan lupa ambil gambar dengan patung Saint Paul yang kudung tangan kerana terkena serpihan bom!

Kubu A’ Famosa – Peninggalan Penaklukan Portugis
Kubu A’Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung untuk bergambar.


Bangunan Stadhuys – Merahnya Dataran Belanda

Bangunan Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.



Little India – Merasai Bollywood

Little India di Melaka terletak di Jalan Bendahara berdekatan dengan Bangunan Stadhuys. Sepanjang jalan ini tersedia kedai-kedai yang menjual macam-macam barangan untuk masyarakat India daripada baju ala-ala Bollywood yang berwarna-warni, bahan-bahan masakan India, rempah ratus, aksesori perhiasan wanita, barang-barang sembahyang agama Hindu dan macam-macam lagi. Teringin nak lukis tangan dengan inai atau mendhi, dapatkan sebatang kon inai yang telah dibancuh dengan harga hanya RM2.50. Anting-anting labuh yang cantik-cantik dengan harga berpatutan juga boleh dibeli di sini.



 Jonker Street – Baba Nyonya dan Barangan Antik

Peminat barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang sejarahnya.



 Istana Kesultanan Melaka – Jom Tengok Istana Lama

Istana Melaka pernah berdiri gah satu masa dulu sebelum dimamah api pada kebakaran pada tahun 1460. Pada sekitar 1980-an, kerajaan Melaka telah mendirikan sebuah replika Istana Kesultanan Melaka yang boleh dilawati oleh semua rakyat jelata dengan bayaran tiket yang berpatutan. Istana ini juga dikenali sebagai Muzium Budaya Melaka yang mempamerkan keunikan istana Melayu yang dibina seratus peratus daripada kayu dan sendinya diperkuatkan dengan pasak tanpa berpaku.



Dataran Pahlawan – Makan-Makan, Ole-Ole dan Macam-Macam

Dataran Pahlawan ini attraction baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua mall ini.



Naik Beca – Ronda Melaka Penuh Gaya

Kalau sudah sampai di Bandar Hilir tidak naik beca, memanglah tidak sah kunjungan anda ke Melaka. Beca di Melaka cantik dihias dengan bunga-bunga dan kalau suka dengar muzik, pilihlah beca yang ada speaker besar. Harga naik beca tidaklah murah, lebih kurang RM10 dari depan A Famosa ke Dutch Square tetapi mendapat pengalaman, berbaloi! Menurut si penarik beca, destinasi paling jauh dia pernah pergi ialah ke Tanjung Kling dan Air Keroh. Jauhnya!!



Air Keroh – Meriah Melawat Taman

Air Keroh ialah satu lagi destinasi di Melaka selain Bandar Hilir yang cukup terkenal. Macam-macam ada di Air Keroh termasuk Taman Mini Malaysia dan Taman Mini Asean. Kalau bertuah mungkin terserempak dengan Noraniza Idris selaku pengarah taman-taman ini. Selain itu, di Air Keroh juga ada Zoo Melaka yang terkenal, Taman Ular, Taman Rama-Rama dan Hutan Rekreasi.



Makan Ikan Bakar di Umbai

Akhir sekali, kalau dah sampai Melaka janganlah lepaskan peluang makan ikan bakar di Umbai Melaka. Di sini, ikan bakar di makan dengan nasi lemak, nelayan style! Banyak gerai yang tersedia di medan ikan bakar di Umbai ini untuk dipilih pelanggan dan semuanya menyediakan makanan laut segar untuk dibakar!






 KLCC Aquaria: Laman sesawang ~ www.klaquaria.com

Di Aquaria KLCC nie Anda boleh lihat ada macam-macam jenis ikan dipamerkan. Akuarium di sini seluas 60,000 kaki persegi!
Harga tiket masuk bagi warga Malaysia: Dewasa (RM35), Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun (RM25), Warga Emas umur 60 tahun ke atas (RM25). Dinasihatkan supaya bawa Mykad dan MyKid. Kalau tidak mungkin Anda akan dicharge RM10.

KL Tower / Menara Kuala Lumpur: Laman sesawang ~ www.kltower.com.my

Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi yang ke-6 tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Harga tiket masuk (basic package) untuk Dewasa adalah sebanyak RM45 manakala untuk Kanak-kanak RM35. Admin pernah pergi dulu, buka puasa atas Menara KL. Lantainya berpusing boleh lihat seluruh KL. Admin rasa harga tiket bergantung pada aras yang hendak di lawati. Apapun anda rujuk semula nanti di kaunter KL Tower, mana tahu cuti-cuti sekolah macam sekarang nie ada special fee. Hehe.

Petronas Twin Towers atau Menara Berkembar Petronas: Laman sesawang ~ www.petronastwintowers.com.my

Menara Petronas ini mempunyai 88 tingkat semuanya di mana ada 44 tingkat setiap satu. Ketinggian adalah 58.4 meter dan tingkat 41 dan 42 menghubungkan antara satu sama lain. Nak naik mana kena charge. Hehe..

Muzium Negara: Laman sesawang ~ www.muziumnegara.gov.my

Muzium Negara Malaysia terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur berhampiran Kuala Lumpur Sentral. Dekat dengan Taman Tasik Perdana. Waktu melawat adalah antara 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Bayaran untuk parking kereta: RM2.00, Motosikal: RM1.00, manakala untuk masuk: Warganegara (RM2.00), kanak-kanak bawah 12 tahun (percuma), OKU (RM1.00)

Central Market atau Pasar Seni: Laman sesawang ~ www.centralmarket.com.my

Lokasinya mudah sahaja, terletak berdekatan dengan Stesen Komuter Pasar Seni dan dekat dengan Puduraya. Terdapat pelbagai jenis barangan seni di dalam bangunan Pasar Seni nie. Bolehlah beli cenderahati untuk dibawa balik.

 Petrosains: Laman sesawang ~ www.petrosains.com.my

Bertempat di tingkat 4 Suria KLCC. Muzium yang moden dan pengunjung boleh merasai sendiri @berinteraksi dengan barang-barang yang dipamerkan.

Petrosains sekarang nie sedang hot pasal Dinotrek 2. Cuma bukan di Kuala Lumpur, dia buat kat Seberang Prai Penang. Rujuk SINI untuk dapatkan peta lokasi dan harga tiket.

 Planetarium Negara: Laman sesawang ~ www.angkasa.gov.my/planetarium

Berada di puncak Tasik Perdana. Dibuka setiap hari antara 9.00 pagi hingga 4:30 petang kecuali hari Isnin, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Antar yang menarik di sini seperti di ruangan teater, ruangan angkasa lepas dan benda-benda berkaitan dengan angkasa lepas.

Harga bayaran Tiket masuk (Rujuk SINI):
Galeri Pameran: Dewasa 18 tahun ke atas (RM1.00), kanak-kanak di bawah 12 tahun (percuma)
Pertunjukan Planetarium di Teater Angkasa: Dewasa (RM3.00), kanak-kanak bawah 12 tahun (RM2.00), Sekolah Rendah (RM1.00)

National Science Centre (Science Museum Malaysia) atau Pusat Sains Negara: Laman sesawang ~ www.psn.gov.my

Terletak di Jalan Bukit Kiara. Terdapat berbagai-bagai jenis barang pameran dan juga akuarium di sini. Ianya ditubuhkan bagi memberi kesedaran dan maklumat tentang Sains dan Teknologi kepada masyarakat.

KL Bird Park / Taman Burung Kuala Lumpur: Laman sesawang ~ www.klbirdpark.com

Lokasinya terletak di Tasik Perdana. Terdapat pelbagai jenis burung yang dipelihara di sini.
Bayaran Tiket masuk bagi warganegara Malaysia: Dewasa (RM20), Kanak-kanak 3 hingga 12 tahun (RM10).

Buterfly Park / Taman Rama-Rama:

Juga terletak di Tasik Perdana dan pelbagai jenis rama-rama terdapat di sini. Dianggarkan sejumlah 6,000 rama-rama atau 120 species yang dipelihara di sini.

National Zoo / Zoo Negara:

Seluas 110 ekar yang menempatkan pelbagai jenis haiwan melebihi 5,000 ekor. Kadar bayaran masuk biasa bagi warganegara: Dewasa (RM20), Kanak-kanak (RM6), Warga Emas (RM6).




Pulau Langkawi

Langkawi, satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Kepulauan Langkawi terdiri dari 65 daripada gugusan 99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia, kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau yang dikenali ramai ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi mempunyai warisan yang begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa, dan puteri jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia Tenggara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian 'stalaktit'dan 'stlagmit' menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih, cuaca yang terang dan ceria sesuai untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan aktiviti sukan laut yang mengasyikkan.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang.

Menurut Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang'. Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat. Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah, restoran, jejambat, jeti dan teres yang berbumbung. Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam. Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi.

Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam. Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Kuah- Langkawi
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri. Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini. Sempena dengan peristiwa tersebut, tempat ini diberi nama 'Kuah'. Dahulunya, Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain. Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbag. ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya. Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya pasti memukau setiap mata yang memandang.

Perjalanan singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita yang menyimpan pelbagai cerita misteri, terdapat tulisan kuno yang masih belum dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding-dinding gua tersebut.

Peta Tempat-tempat Menarik di Langkawi
Kredit: malaysiahostusa.com

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Pantai-pantai di Langkawi
Pantai Kok, Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk Burau. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan. Hotel mewah dan chalet disediakan untuk kemudahan pengunjung. Bagi penggemar aktiviti lasak, pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti. Manakala bagi penggemar makanan pula, pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau, merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi. Bukit-bukau dan gunung-ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui aktiviti island hopping) Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu. Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi. Anak sulung puteri tersebut mati apabila dilahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut. Sebelum pulang ke kayangan, beliau berdoa melalui saat itu, setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik tersebut.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka, kira-kira 19 batu nautika ke selatan Pulau Langkawi. Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu karang. Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan. Sesuai untuk aktiviti 'snorkling', menyelam dan berenang. Ada beberapa pantai pasir yang sesuai untuk berkelah, tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan tertentu. Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat mengenai aman laut ini. Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan katamaran atau bot laju. Perjalan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah. ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang. Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris. Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi. Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali.
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 7. 30 am - 6 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah. Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut. Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari. Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat di sini.
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 9 am - 6 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and The king'. Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu dari Malaysia dan luar negeri, istana ini menyerupai istana tradisional kerajaan Siam pada zaman silam.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah, kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi. Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai, ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia.

Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung. Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ. Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car, aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh,.
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 10 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Underwater World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca. Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi. Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis. Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut, penguin dan naga laut. Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 6 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Pelayaran ke Pulau Pulau
Pelayaran (langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau berkenaan. Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah. Disini terdapat lebih 1000 ekor buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai. Jika bernasib baik, para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu.
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Galeria Perdana Langkawi
Galeria Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500 hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan isteri. Bahan pameran yang terdapat di sini termasuklah barangan kristal, barangan kulit, perak, tembaga, seramik dan kaca. Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata. Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan empat roda.

Pelawat tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam galeri ini. Sebuah kedah cenderahati terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di pamerkan. . Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 5 pm; Cuti umum/cuti sekolah, 9 am - 6 pm; Jumaat, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm. Telefon: 04-9591498

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Laman Padi Langkawi
Merupakan lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan pertanian. Terletak di Pantai Cenang, kawasan pantai peranginan yang terkemuka Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang, Laman Padi Langkawi menjadi pusat untuk mempamirkan sejarah, warisan dan kemajuan industri penanaman padi negara.

Di antara tarikan di sini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak, carta dan gambar menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara. Pelawat berpeluang menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung. Anda boleh cuba menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden. Terdapat juga restoran serta pusat urut di situ.
Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 6 pm. Telefon : 04-9553415

Peta Langkawi - Kredit: travelmalaysiaguide.com


Tempat-tempat menarik di Langkawi - Taman Legenda Langkawi
Taman ini mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia dan bahan bahan kebudayaan. Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 8 am - 11 pm

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Komplek Budaya Kraf Langkawi
Terletak di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi, kira kira 30 minit perjalanan dengan kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah. Terletak di atas bukit mengadap laut, komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di ukir halus. . Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 9 am - 6 pm. Telefon : 04-9591913

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi, dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau, merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi. Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring. Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu. Lagenda bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi. Anak sulung puteri tersebut mati selepas di lahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut. Sebelum pulang kekayangan, beliau berdoa mulai dari saat itu, setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam, Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan, aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim, sebuah dunia yang berlainan sama sekali. Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi, serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih.

Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur, Batu Gajah dan Taman Gantung. Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda.

Tempat-tempat menarik di Langkawi - Langkawi - Telaga Tujuh (Seven Wells)
Telaga Tujuh terletak di sebelah barat laut Pulau Langkawi. Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan. Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi. Kehijauan pepohon di sekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang di sekelilingnya. Mengikut lagenda, puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

No comments:

Post a Comment