TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA
Bukit Saint Paul (Bandar Hilir) - Pemandangan Selat Melaka
Bukit ini menempatkan “Our Lady of the Hill”, sebuah gereja Saint Paul yang
dibina di puncaknya pada tahun 1521. Gereja Portugis yang menghadap keindahan
dan kesibukan Selat Melaka ini telah ditinggalkan oleh penjajah Portugis dan
yang tinggal kini hanyalah serpihan bangunan tanpa berbumbung. Beberapa blok
nisan empat segi besar tersandar di dinding bangunan bersejarah ini dan
terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung ‘membuang’ hajat dengan duit
syiling. Jangan lupa ambil gambar dengan patung Saint Paul yang kudung tangan
kerana terkena serpihan bom!
Kubu A’ Famosa –
Peninggalan Penaklukan Portugis
Kubu A’Famosa ialah landmark negeri Melaka. Kubu yang dibina oleh kerajaan
Portugis pada 1511 ini kononnya kebal menahan serangan pihak lawan yang datang
dari arah laut. Namun kubu ini musnah akibat serangan bertalu-talu dari pihak
Belanda tetapi bahagian depan Kubu ini masih kukuh tersergam sehingga ke hari
ini. Kubu A’Famosa dibina daripada blok-blok batu merah yang tidak seragam
bentuknya dan di hadapan kubu ini terdapat sebilah meriam besi yang digunakan pengunjung
untuk bergambar.
Bangunan Stadhuys –
Merahnya Dataran Belanda
Bangunan
Stadhuy ini dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada
tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya.
Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja
Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir
air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadhuys sekarang
menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong.
Little India –
Merasai Bollywood
Little
India di Melaka terletak di Jalan Bendahara berdekatan dengan Bangunan
Stadhuys. Sepanjang jalan ini tersedia kedai-kedai yang menjual macam-macam
barangan untuk masyarakat India daripada baju ala-ala Bollywood yang
berwarna-warni, bahan-bahan masakan India, rempah ratus, aksesori perhiasan
wanita, barang-barang sembahyang agama Hindu dan macam-macam lagi. Teringin nak
lukis tangan dengan inai atau mendhi, dapatkan sebatang kon inai yang telah
dibancuh dengan harga hanya RM2.50. Anting-anting labuh yang cantik-cantik
dengan harga berpatutan juga boleh dibeli di sini.
Jonker Street – Baba Nyonya dan
Barangan Antik
Peminat
barangan antik dan mereka yang ingin mendalami kehidupan keturunan Baba dan
Nyonya tidak boleh tidak pergi ke Jonker Street. Untuk merasai kemeriahan
Jonker Street, datang pada malam Sabtu dan malam minggu kerana terdapat pasar
malam yang sangat meriah. Di sini juga terdapat hotel-hotel berkonsep kehidupan
Baba dan Nyonya yang boleh dicuba dan makanan popular keturunan Baba dan Nyonya
seperti Ayam Pong Teh, Itek Tim dan Nyonya Laksa juga jangan dilupa. Membeli
barangan antik perlu tahu tawar menawar dan jangan lupa bertanya tentang
sejarahnya.
Istana Kesultanan Melaka – Jom
Tengok Istana Lama
Istana
Melaka pernah berdiri gah satu masa dulu sebelum dimamah api pada kebakaran
pada tahun 1460. Pada sekitar 1980-an, kerajaan Melaka telah mendirikan sebuah
replika Istana Kesultanan Melaka yang boleh dilawati oleh semua rakyat jelata
dengan bayaran tiket yang berpatutan. Istana ini juga dikenali sebagai Muzium
Budaya Melaka yang mempamerkan keunikan istana Melayu yang dibina seratus
peratus daripada kayu dan sendinya diperkuatkan dengan pasak tanpa berpaku.
Dataran Pahlawan – Makan-Makan, Ole-Ole dan Macam-Macam
Dataran
Pahlawan ini attraction baru yang dibangunkan oleh kerajaan Melaka. Di bahagian
atasnya terpusat tempat menjual cenderahati dan di dalam bangunan ini pula
ialah pusat membeli belah yang menempatkan kedai-kedai berjenama popular. Di
seberang jalan terdapat satu lagi pusat membeli belah lama yang juga masih popular
iaitu Mahkota Parade. Kalau di waktu hujung minggu pasti sesak di kedua-dua
mall ini.
Naik Beca – Ronda Melaka Penuh Gaya
Kalau sudah
sampai di Bandar Hilir tidak naik beca, memanglah tidak sah kunjungan anda ke
Melaka. Beca di Melaka cantik dihias dengan bunga-bunga dan kalau suka dengar
muzik, pilihlah beca yang ada speaker besar. Harga naik beca tidaklah murah,
lebih kurang RM10 dari depan A Famosa ke Dutch Square tetapi mendapat
pengalaman, berbaloi! Menurut si penarik beca, destinasi paling jauh dia pernah
pergi ialah ke Tanjung Kling dan Air Keroh. Jauhnya!!
Air Keroh – Meriah Melawat Taman
Air Keroh
ialah satu lagi destinasi di Melaka selain Bandar Hilir yang cukup terkenal.
Macam-macam ada di Air Keroh termasuk Taman Mini Malaysia dan Taman Mini Asean.
Kalau bertuah mungkin terserempak dengan Noraniza Idris selaku pengarah
taman-taman ini. Selain itu, di Air Keroh juga ada Zoo Melaka yang terkenal,
Taman Ular, Taman Rama-Rama dan Hutan Rekreasi.
Makan Ikan Bakar di Umbai
Akhir
sekali, kalau dah sampai Melaka janganlah lepaskan peluang makan ikan bakar di
Umbai Melaka. Di sini, ikan bakar di makan dengan nasi lemak, nelayan style!
Banyak gerai yang tersedia di medan ikan bakar di Umbai ini untuk dipilih
pelanggan dan semuanya menyediakan makanan laut segar untuk dibakar!
KLCC Aquaria: Laman sesawang ~
www.klaquaria.com
Di Aquaria KLCC nie Anda boleh lihat ada macam-macam jenis ikan dipamerkan.
Akuarium di sini seluas 60,000 kaki persegi!
Harga tiket masuk bagi warga Malaysia: Dewasa (RM35), Kanak-kanak 3 hingga 12
tahun (RM25), Warga Emas umur 60 tahun ke atas (RM25). Dinasihatkan supaya bawa
Mykad dan MyKid. Kalau tidak mungkin Anda akan dicharge RM10.
KL Tower / Menara Kuala Lumpur: Laman sesawang ~
www.kltower.com.my
Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi yang ke-6 tertinggi di
dunia dan tertinggi di Asia Tenggara. Harga tiket masuk (basic package) untuk
Dewasa adalah sebanyak RM45 manakala untuk Kanak-kanak RM35. Admin pernah pergi
dulu, buka puasa atas Menara KL. Lantainya berpusing boleh lihat seluruh KL.
Admin rasa harga tiket bergantung pada aras yang hendak di lawati. Apapun anda
rujuk semula nanti di kaunter KL Tower, mana tahu cuti-cuti sekolah macam
sekarang nie ada special fee. Hehe.
Petronas Twin Towers atau Menara Berkembar Petronas: Laman sesawang ~
www.petronastwintowers.com.my
Menara Petronas ini mempunyai 88 tingkat semuanya di mana ada 44 tingkat
setiap satu. Ketinggian adalah 58.4 meter dan tingkat 41 dan 42 menghubungkan
antara satu sama lain. Nak naik mana kena charge. Hehe..
Muzium Negara: Laman sesawang ~
www.muziumnegara.gov.my
Muzium Negara Malaysia terletak di pusat bandaraya Kuala Lumpur berhampiran
Kuala Lumpur Sentral. Dekat dengan Taman Tasik Perdana. Waktu melawat adalah
antara 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Bayaran untuk parking kereta: RM2.00, Motosikal: RM1.00, manakala untuk
masuk: Warganegara (RM2.00), kanak-kanak bawah 12 tahun (percuma), OKU (RM1.00)
Central Market atau Pasar Seni: Laman sesawang ~
www.centralmarket.com.my
Lokasinya mudah sahaja, terletak berdekatan dengan Stesen Komuter Pasar Seni
dan dekat dengan Puduraya. Terdapat pelbagai jenis barangan seni di dalam
bangunan Pasar Seni nie. Bolehlah beli cenderahati untuk dibawa balik.
Petrosains: Laman sesawang ~
www.petrosains.com.my
Bertempat di tingkat 4 Suria KLCC. Muzium yang moden dan pengunjung boleh
merasai sendiri @berinteraksi dengan barang-barang yang dipamerkan.
Petrosains sekarang nie sedang hot pasal Dinotrek 2. Cuma bukan di Kuala
Lumpur, dia buat kat Seberang Prai Penang. Rujuk
SINI untuk
dapatkan peta lokasi dan harga tiket.
Planetarium Negara: Laman
sesawang ~
www.angkasa.gov.my/planetarium
Berada di puncak Tasik Perdana. Dibuka setiap hari antara 9.00 pagi hingga
4:30 petang kecuali hari Isnin, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Antar yang
menarik di sini seperti di ruangan teater, ruangan angkasa lepas dan
benda-benda berkaitan dengan angkasa lepas.
Harga bayaran Tiket masuk (Rujuk
SINI):
Galeri Pameran: Dewasa 18 tahun ke atas (RM1.00), kanak-kanak di bawah 12 tahun
(percuma)
Pertunjukan Planetarium di Teater Angkasa: Dewasa (RM3.00), kanak-kanak bawah
12 tahun (RM2.00), Sekolah Rendah (RM1.00)
National Science Centre (Science Museum Malaysia) atau Pusat Sains
Negara: Laman sesawang ~
www.psn.gov.my
Terletak di Jalan Bukit Kiara. Terdapat berbagai-bagai jenis barang pameran
dan juga akuarium di sini. Ianya ditubuhkan bagi memberi kesedaran dan maklumat
tentang Sains dan Teknologi kepada masyarakat.
KL Bird Park / Taman Burung Kuala Lumpur: Laman sesawang ~
www.klbirdpark.com
Lokasinya terletak di Tasik Perdana. Terdapat pelbagai jenis burung yang
dipelihara di sini.
Bayaran Tiket masuk bagi warganegara Malaysia: Dewasa (RM20), Kanak-kanak 3
hingga 12 tahun (RM10).
Buterfly Park / Taman Rama-Rama:
Juga terletak di Tasik Perdana dan pelbagai jenis rama-rama terdapat di
sini. Dianggarkan sejumlah 6,000 rama-rama atau 120 species yang dipelihara di
sini.
National Zoo / Zoo Negara:
Seluas 110 ekar yang menempatkan pelbagai jenis haiwan melebihi 5,000 ekor.
Kadar bayaran masuk biasa bagi warganegara: Dewasa (RM20), Kanak-kanak (RM6),
Warga Emas (RM6).
Pulau Langkawi
Langkawi, satu pusat pelancongan
yang terkenal di Malaysia. Kepulauan Langkawi terdiri dari 65 daripada gugusan
99 buah pulau tropika di persisiran pantai barat laut Semanjung Malaysia,
kira-kira 30km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau yang
dikenali ramai ialah Pulau Langkawi. Pulau Langkawi mempunyai warisan yang
begitu unit dan penuh dengan cerita hikayat perwira,burung raksasa, dan puteri
jelita dari kayangan. Langkawi dianggap syurga tropika yang mekar dengan
tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Langkawi wujud
dengan tidak ada tolok bandingnya di antara kepulauan yang sedia ada di Asia
Tenggara. Dengan sejarah alamnya bermula dari 500 juta tahun dahulu, pulau ini
terdiri dari rangkaian batu-batan yang unik dan merangsangkan imaginasi
pengunjung dengan penuh tanda tanya. Gua-gua dihiasi indah oleh rangkaian
'stalaktit'dan 'stlagmit' menjemput mereka yang berani untk menjelahi gua-gua
tersebut. Pantai di Langkawi yang bersih, cuaca yang terang dan ceria sesuai
untuk pecinta alam menikmati keindahan laut sambil bersantai dan menjalankan
aktiviti sukan laut yang mengasyikkan.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Dataran Lang Langkawi
Dataran
Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah. Tarikan utama ialah arca seekor
Burung helang.
Menurut
Lagenda, Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama
pendek bagi 'helang'. Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut
coklat. Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat. Di dataran tersebut terdapat
sebuah tasik yang indah, restoran, jejambat, jeti dan teres yang berbumbung.
Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang
menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam. Di
samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi.
Dataran
Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam. Arca Helang ini terletak
di tempat yang strategik bagi mengucapkan 'Selamat Datang' kepada para pelawat
yang mengunjungi Langkawi.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Kuah- Langkawi
Pekan
Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong
berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri. Nama 'Kuah' ini berasal
dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang
mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini. Sempena dengan peristiwa
tersebut, tempat ini diberi nama 'Kuah'. Dahulunya, Kuah hanya merupakan sebuah
pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan
pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk
bandar-bandar besar yang lain. Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan
berbag. ai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini
menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Tanjung Rhu Langkawi
Tanjung
Rhu terletak di sebelah utara Pulau Langkawi dan dinamakan Tanjung Rhu kerana
terdapat banyak pokok rhu di sekitarnya. Pemandangan yang indah di sepanjang pantainya
pasti memukau setiap mata yang memandang.
Perjalanan
singkat dengan bot dari Tanjung Rhu akan membawa anda ke pintu masuk Gua Cerita
yang menyimpan pelbagai cerita misteri, terdapat tulisan kuno yang masih belum
dapat di tafsirkan sehingga kini masih boleh dilihat di dinding-dinding gua
tersebut.
Peta Tempat-tempat Menarik di
Langkawi
Kredit: malaysiahostusa.com
Tempat-tempat menarik di Langkawi
- Pantai-pantai di Langkawi
Pantai
Kok, Pantai Cenang, Pantai Tengah, Pantai Pasir Tengkorok Datai dan Teluk
Burau. Pantai-pantai ini menawarkan suasana perkelahan yang yang mengasyikkan.
Hotel mewah dan chalet disediakan untuk kemudahan pengunjung. Bagi penggemar
aktiviti lasak, pelbagai kegiatan yang mencabar boleh diikuti. Manakala bagi
penggemar makanan pula, pelbagai juadah yang enak turut disediakan oleh
restoran di hotel-hotel dan medan selera untuk dinikmati.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Tasik Dayang Bunting
Tasik
Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi, dikelilingi oleh
tumbuh-tumbuhan hijau, merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.
Bukit-bukau dan gunung-ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan
seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda
perhatikan melalui aktiviti island hopping) Tasik dan pulau ini mendapat nama
dari kisah dongeng masa lalu. Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri
kayangan yang mengahwini putera bumi. Anak sulung puteri tersebut mati apabila
dilahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di
tasik tersebut. Sebelum pulang ke kayangan, beliau berdoa melalui saat itu,
setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi
di tasik tersebut.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Taman Laut Pulau Payar Langkawi
Taman
Laut Pulau Payar terletak dibahagian utara Selat Melaka, kira-kira 19 batu
nautika ke selatan Pulau Langkawi. Taman laut ini terdiri daripada Pulau Payar,
Pulau Lembu, Pulau Seganang dan Pulau Kaca yang dikelilingi oleh batu-batu
karang. Ianya juga dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang mempersonakan.
Sesuai untuk aktiviti 'snorkling', menyelam dan berenang. Ada beberapa pantai
pasir yang sesuai untuk berkelah, tempat untuk barbeku dan bilik air di kawasan
tertentu. Terdapat juga Kawasan Penerangan Pelawat yang menyediakan matlumat
mengenai aman laut ini. Pelawat boleh ke Pulau Payar dari jeti Kuah menggunakan
katamaran atau bot laju. Perjalan mengambil masa kira-kira 45 minit.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Makam Mahsuri Langkawi
Makam
Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah. ia meupakan makam peringatan
ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan
perkara sumbang. Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan
sebilah keris. Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri
setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas
Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.
Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang
Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali.
Masa
Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 7. 30 am - 6 pm
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Kampung Air Hangat
Kampung
Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah.
Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural
dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut.
Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap
hari. Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual
kraftangan tradisional yang terdapat di sini.
Masa Tempat
Beroperasi: Setiap Hari, 9 am - 6 pm
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Langkawi Anna & The King Gallery
Tempat
pengambaran filem yang indah dan mahal ini telah dibina oleh syarikat
perfileman 20th Century Fox pada tahun 1999 untuk pembikinan filem 'Anna and
The king'. Dibina keseluruhannya daripada kayu kayan tempatan oleh tukang kayu
dari Malaysia dan luar negeri, istana ini menyerupai istana tradisional
kerajaan Siam pada zaman silam.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Langkawi Oriental Village
Oriental
village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah, kebudayaan dan
masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi. Direka khas untuk menyediakan
suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai, ia juga turut
menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan
Asia.
Oriental
Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan
tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.
Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar
kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ. Ia
berdekatan dengan Langkawi Cable Car, aktiviti menunggang Gajah dan Telaga
Tujuh,.
Masa
Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 10 pm
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Underwater World Langkawi
Di sini
kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki
kaca. Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di
Langkawi. Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100
tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis. Tarikan utama adalah ikan-ikan yang
besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut,
penguin dan naga laut. Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan
pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Masa
Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 6 pm
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Pelayaran ke Pulau Pulau
Pelayaran
(langkawi island hopping )ke pulau pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan
kerana pelancong akan dapat menikmati keindahan semulajadi pulau pulau
berkenaan. Pelayaran tersebut akan melalui Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras
Basah dan Pulau Singa Besar. Aktiviti yang menarik semasa island hopping ini
ialah melihat burung -burung helang terbang berdekatan dengan kita untuk makan
makanan yang di berikan oleh pemandu-pemandu bot pelancong tersebut.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Taman Buaya Langkawi
Taman
Buaya Langkawi terletak di Kubang Badak jalan ke Datai dan Pantai Pasir
Tengkorak lebih kurang 32km dari pekan Kuah. Disini terdapat lebih 1000 ekor
buaya yang terdiri daripada pelbagai jenis spesis untuk tontonan orang ramai.
Jika bernasib baik, para pengunjung akan menikmati pertunjukkan keberanian
manusia bermain dengan buaya pada jam atau waktu tertentu.
Masa
Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 9 am. - 6 pm. Tel : 04-9592559
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Galeria Perdana Langkawi
Galeria
Perdana yang terletak di Kilim 10km dari Kuah menempatkan kira-kira lebih 2500
hadiah dan anugerah negara yang dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan isteri. Bahan pameran yang terdapat di sini
termasuklah barangan kristal, barangan kulit, perak, tembaga, seramik dan kaca.
Terdapat juga alatan seni muzik dan kraf silam,bahan tekstil dan senjata.
Diantara bahan yang turut dipamerkan adalah koleksi prototaip kereta dan pacuan
empat roda.
Pelawat
tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam galeri ini. Sebuah kedah cenderahati
terletak di galeria tersebut menjual gambar gambar bahan pameran yang di
pamerkan. . Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 5 pm; Cuti umum/cuti
sekolah, 9 am - 6 pm; Jumaat, 10 am - 2:15 pm & 3 pm - 5 pm. Telefon:
04-9591498
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Laman Padi Langkawi
Merupakan
lokasi yang mesti dilawati oleh para penggemar pelancongan berasaskan
pertanian. Terletak di Pantai Cenang, kawasan pantai peranginan yang terkemuka
Langkawi dan hanya 10minit dariLapangan Terbang, Laman Padi Langkawi menjadi
pusat untuk mempamirkan sejarah, warisan dan kemajuan industri penanaman padi
negara.
Di antara
tarikan di sini ialah muzium beras yang mempamirkan artifak, carta dan gambar
menunjukkan kepentingan penanaman padi kepada negara. Pelawat berpeluang
menikmati pemandangan laman ini dari taman atas bumbung. Anda boleh cuba
menanam padi menggunakan cara tradisional serta menuai menggunakan cara moden.
Terdapat juga restoran serta pusat urut di situ.
Masa
Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 10 am - 6 pm. Telefon : 04-9553415
Peta Langkawi - Kredit:
travelmalaysiaguide.com
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Taman Legenda Langkawi
Taman ini
mengandungi pokok pokok bunga dan buah buahan tempatan yang memberikan satu
pemandangan yang cantik dengan berlatarbelakang kan bangunan warisan Malaysia
dan bahan bahan kebudayaan. Di dalam lawatan tersebut anda akan dapati segala
kisah sejarah dan tempat tempat yang terdapat di Langkawi di ceritakan Masa
Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 8 am - 11 pm
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Komplek Budaya Kraf Langkawi
Terletak
di Teluk Yu di sebelah utara Pulau Langkawi, kira kira 30 minit perjalanan dengan
kenderaan dari lapangan terbang atau 35 minit dari pekan Kuah. Terletak di atas
bukit mengadap laut, komplek yang indah ini menawarkan berbagai jenis
kraftangan Malaysia seperti batik tulisan tangan dan barangan perak yang di
ukir halus. . Masa Tempat Beroperasi: Setiap Hari, 9 am - 6 pm. Telefon :
04-9591913
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Tasik Dayang Bunting Langkawi
Tasik
Dayang Bunting terletak disebelah selatan Pulau Langkawi, dikelilingi oleh
tumbuh-tumbuhan hijau, merupakan tasik yang terbesar di kepulauan Langkawi.
Deretan bukit dan gunung di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah
seperti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring. Tasik dan pulau ini
mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu. Lagenda bermula dengan percintaan
puteri kayangan yang mengahwini putera bumi. Anak sulung puteri tersebut mati
selepas di lahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat
anaknya di tasik tersebut. Sebelum pulang kekayangan, beliau berdoa mulai dari
saat itu, setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak
sekiranya mandi di tasik itu.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Sungai Kilim Langkawi
Untuk
mereka yang gemar menghayati keindahan alam, Langkawi menawarkan pemandangan
indah dan pengalaman yang sukar dilupakan, aktiviti pelayaran dengan bot ke
Taman Alam Sungai Kilim, sebuah dunia yang berlainan sama sekali. Taman seluas
100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi, serta
ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang
biru dan jernih.
Struktur
batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan
geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur, Batu Gajah dan
Taman Gantung. Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan
lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda.
Tempat-tempat
menarik di Langkawi - Langkawi - Telaga Tujuh (Seven Wells)
Telaga
Tujuh terletak di sebelah barat laut Pulau Langkawi. Telaga Tujuh merupakan
telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan. Dinamakan Telaga Tujuh
kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi. Kehijauan
pepohon di sekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang di
sekelilingnya. Mengikut lagenda, puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda
di telaga ini.