SULIT
011
Bahasa
Melayu
SK
2010
50
minit
UJIAN
PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
BAHASA MELAYU
KERTAS 1
Lima Puluh Minit
JANGAN BUKA
KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas
soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
2. Jawab
dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
3. Bagi
setiap soalan, hitamkan satu ruangan sahaja.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan,
padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
Kertas ini
mengandungi 13 halaman
bercetak.
Arahan
Am:
Tiap-tiap
soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya
ada satu jawapan yang betul. Pilih
jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu pada kertas jawapan. Hitamkan
ruangan yang sama dengan jawapan yang kamu pilih.
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat
di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1
berdasarkan
Gambar 1
Gambar 1
1. Adik menarik laci untuk mengambil __________ .
A tetikus
B papan kekunci
C monitor
D disket
2 “ _________ pertandingan itu akan
diadakan?" tanya Cikgu Osman kepada murid Tahun
6 Dedikasi
A Adakah
B Siapakah
C Bagaimanakah
D Bilakah
Soalan 3
berdasarkan
Gambar 2
Gambar 2
3. Adik ketawa ketika di
______________________ oleh ibu.
A lambung
B timang
C julang
D tatang
4. "
____________, jangan lari ! Berhenti ! " jerit anggota polis kepada penjenayah
itu.
A Cis
B Wah
C Hei
D Nah
5. Pengalaman semasa mendaki Gunung
Kinabalu tetap __________________
dalam ingatan pendaki.
A
terpahat
B
terpaut
C
terlukis
D
tercatat
6. Layang-layang itu tersangkut …………….
tiang pencawang elektrik.
A. dalam
B. pada
C. dengan
D. kepada
Soalan 7
berdasarkan
Gambar 3
Gambar 3
7. Suraya terkejut __________________
seekor katak melompat ke arahnya.
A manakala
B apabila
C sambil
D bila
Soalan 8
berdasarkan
Gambar 4
Gambar
4
8. Pak Ahmad _____________ permaidani di
ruang tamu rumahnya.
A menghampar
B menggulung
C melipat
D menyelak
9. ________________ orang murid yang
merokok berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
A
Setengah
B
Kesemua
C
Beberapa
D
Sekalian
Soalan 10 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
10. Puan Murni sedang __________________ doh untuk dibuat roti
canai.
A menguli
B menggaul
C mengadun
D menggentel
11. “Abang
___________ bercadang untuk menetap di luar negara. Beliau ingin berkhidmat di tanah air sendiri,” jelas Hilmi.
A
usah
B
tidak
C
bukan
D
enggan
12.
“Nasib baiklah semua orang bersetuju untuk bermalam di kaki gunung itu. ________ terpaksalah kita meredah hutan dalam
kegelapan malam,” kata Omar.
A Jika tidak
B Selain itu
C Pada
mulanya
D Tambahan pula
13 Aida amat sayang _______________
arnabnya yang berwarna putih.
A tentang
B bagi
C akan
D pada
Soalan 14
berdasarkan
Gambar 6
Gambar 6
14. Sebatang sungai mengalir
di __________ rumah datuk.
A tepi
B sisi
C depan
D belakang
<><>
>
<><>
>
15.
| <><>
>
”Sehari __________ benang, lama-lama menjadi kain,”
kata nenek kepada cucunya.
| <><>
>
<><>
>
<><>
>
| <><>
>
<><>
><><>
>
<><>
>
| <><>
>
| <><>
>
| <><>
>
| <><>
>
<><>
><><>
>
<><>
>
A
| <><>
>
| <><>
>
buku
| <><>
>
| <><>
>
<><>
>
<><>
>
B
| <><>
>
| <><>
>
selembar
| <><>
>
| <><>
>
<><>
>
<><>
>
C
| <><>
>
| <><>
>
sebidang
| <><>
>
| <><>
>
<><>
>
<><>
>
D
| <><>
>
| <><>
>
sehelai
| <><>
>
| <><>
>
<><>
>
|
16 “___________________ dipersilakan
menepung tawar pasangan mempelai," ujar Mak Andam kepada para tetamu.
A Awak
B Kamu
C Kalian
D Mereka
17 _____________________ acara balapan,
semua atlet dikehendaki memakai pakaian
sukan yang telah ditetapkan.
A Bagi
B Di
dalam
C Pada
D Dari
18. Pengetahuan
yang dimiliki oleh tokoh sastera itu __________ luas.
A amat
B benar
C betul
D) nian
19 Rahmat ditahan oleh
pihak polis kerana dia…
A berat tulang.
B gelap hati.
C gelap mata.
D berat mulut.
Soalan
20
Pilih
perkataan berlawan bagi perkataan
yang bergaris
20. Hasmah menyentuh sekuntum bunga matahari
yang sedang mekar di taman
itu.
Perkataan berlawan bagi perkataan bergaris ialah
A putik
B kuncup
C kembang
D layu
Soalan
21
Pilih
perkataan seerti bagi perkataan yang
bergaris
21 Pelancaran Tabung Dermaton
SK Sri Meru itu dijalankan dalam satu majlis
yang
ringkas.
A cepat
B singkat
C tepat
D ringan
Soalan 22
Pilih
ayat tanya yang betul bagi jawapan
yang diberikan.
22 Rasa buah-buahan seperti limau,
mangga dan nanas
agak masam kerana mengandungi asid.
A Berapakah jenis buah-buahan yang mengandungi
asid ?
B Apakah kandungan buah-buahan seperti
limau, mangga dan nanas ?
C Bagaimanakah kandungan asid menyebabkan
limau, mangga dan nanas menjadi
masam ?
D Mengapakah buah-buahan seperti limau,
mangga dan nanas masam rasanya?
Soalan 23
Pilih
ayat yang sama maksud bagi dengan
ayat yang yang diberikan.
23 “Di manakah Suraya menempah baju
kebaya moden yang dipakainya?” tanya
Niza kepada Mala.
A
Mala bertanya kepada Niza tempat Suraya menempah baju kebaya moden
yang dipakainya.
B
Niza memberitahu Mala tempat Suraya menempah baju kebaya moden
yang dipakainya.
C
Mala memberitahu Niza tempat Suraya menempah baju kebaya moden
yang dipakainya.
D
Niza bertanya kepada Mala tempat Suraya menempah baju kebaya moden
yang dipakainya.
Soalan 24
Pilih
ayat yang betul.
24 A Syabas,
kamu telah memenangi pertandingan itu !
B Cis,
besarnya beg sekolah kamu !
C Ah,
kawan-kawanku belajarlah bersungguh-sungguh !
D Aduh,
mahal sungguh baju ini !
25 A Nama
budak itu siapakah?
B Sila
ambilkan di atas meja buku itu.
C Jangan
mengasar orang-orang tua.
D Sepertiga daripada hartanya telah
didermakan.
Soalan 26 dan Soalan 27
Pilih
ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
26 Doktor berpesan supaya ubat itu dimakan dua kali sehari.
A “Jangan
lupa makan ubat itu dua hari sekali,” kata doktor.
B “
Jangan lupa makan ubat itu dua biji sehari,” kata doktor.
C “Jangan
lupa makan ubat itu dua kali sehari,”kata doktor.
D “Jangan lupa makan ubat itu setiap
hari,”kata doktor.
27 Ibu memberitahu kepada kawannya bahawa
kami akan ke Pulau Tioman pada
hujung bulan ini.
A “Kawan
ibu akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu
kepada kami.
B “Kami
akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu
kepada kawannya.
C “Kamu
akan ke Pulau Tioman pada hujung bulan ini,” beritahu ibu
kepada kawannya.
D “Kita akan ke Pulau Tioman pada hujung
bulan ini,” beritahu ibu kepada
kawannya.
Soalan 28 dan Soalan 29
Pilih
ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
28 I Kawasan
rendah itu selalu mengalami banjir.
II Jangan
pandang rendah akan kebolehannya.
III Markah
yang diperolehnya amat rendah.
IV Kebanyakan
rumah di kampung itu rendah.
A I
dan II sahaja
B II
dan III sahaja
C I,
II dan IV sahaja
D I,
III dan IV sahaja
29 I Encik
Hamid meruncing keretanya ke Pulau Pinang.
II Kerana
meruncing, Zahara menangis tersedu-sedu.
III Hamdan
meruncing buluh-buluh kecil itu untuk dijadikan senjata.
IV Dalam keadaan meruncing, Fahmi
bijak menyelesaikannya.
A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan III sahaja
D III dan IV sahaja
Soalan 30
Pilih
ayat-ayat yang betul.
30 I Abang
membalut luka pada kakinya dengan secebis kain perca.
II Cikgu
menasihati kami agar tidak terlibat dengan budaya lepak.
III Penjual
buah-buahan itu pandai mengambil hati pelanggannya.
IV Nasi
yang dimasak di atas dapur itu telah hangit.
A I
dan II
B II
dan III
C III
dan IV
D I
dan IV
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca
petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Cuaca
pagi itu amat cerah. Matahari memancarkan cahaya manakala angin yang bertiup
sepoi-sepoi bahasa amat menyegarkan. Aku sedang berehat sambil menikmati nasi
lemak yang disediakan oleh ibu pada pagi itu.
Awal-awal
pagi lagi ibu sudah ke rumah Mak Teh. Pada hujung minggu ini Mak Teh akan
melangsungkan majlis perkahwinan Kak Lina, satu-satunya anak Mak Teh. Sedang
aku membelek-belek akhbar semalam, tiba-tiba aku terdengar nama aku
dipanggil. Aku menjenguk keluar.
Rupa-rupanya Azli dan Rosdi datang. Mereka mengajak aku ke sungai di belakang
rumahku.
“Marilah
kita mandi di sungai .Sudah lama kita tidak ke sana,” ajak Azli.
“
Benar, tambahan pula hari inikan cuti. Bolehlah kita lumba berenang. Kau
tengoklah kejaguhan aku di air nanti, “ sahut Rosdi pula.
Namun
begitu, aku menolak pelawaan mereka kerana aku teringat pesanan ibu supaya aku
tidak meninggalkan rumah. Lagi pun, aku
terpaksa menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Puan Kamilia. Akhirnya Azli dan Rosdi berlalu menuju ke
sungai tanpa aku.
Tidak
lama kemudian kedengaran bunyi riuh-rendah.
Aku nampak ibu Azli bersama beberapa orang kampung berlari ke sungai
itu. Mereka kelihatan cemas. Aku turut menyertai mereka.
Rupa-rupanya
Azli telah dihanyutkan arus deras.
31 Apakah tujuan Azli dan Rosdi ke rumah penulis?
A Mengajaknya mandi-manda di sungai
B Meminta kebenaran mandi di sungai
C Meminjam surat khabar semalam
D Membincangkan pelajaran sekolah
32 Mengapakah suasana menjadi riuh rendah?
A Kerana melihat ibu Azli berlari ke
sungai
B Kerana terdengar bunyi suara orang
menjerit
C Kerana Azli tidak pulang ke rumah
D Kerana Azli hanyut di sungai
33 Yang berikut merupakan perkara yang
dilakukan oleh penulis pada pagi itu.
A membaca buku
B membaca akhbar
C membeli nasi lemak
D membuat kerja sekolah
34 Rangkai kata satu-satunya anak Mak Teh
bermaksud
A Kak Lina anak kesayangan Mak Teh
B Kak Lina anak sulung Mak Teh
C Kak Lina anak tunggal Mak Teh
D Kak Lina anak bongsu Mak Teh
35 Berdasarkan petikan, penulis seorang yang…
A bertanggungjawab
B mementingkan diri
C bertolak ansur
D belas kasihan
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca temu
ramah di bawah kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
<><>
>
<><>
>
Zainal
Doktor
Zainal
Doktor
Zainal
Doktor
Zainal
Doktor
Zainal
Doktor
Zainal
Doktor
| <><>
>
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
| <><>
>
Selamat pagi, doktor. Saya
Zainal daripada Majalah InfoSihat. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada doktor kerana sudi ditemu ramah.
Sama-sama.
Seperti yang kita ketahui,
merokok memberikan kesan buruk dari segi kesihatan. Bolehkah doktor
jelaskan apakah penyakit yang berpunca
daripada merokok?
Antaranya ialah lemah
jantung, radang paru-paru, barah dan batuk kering.
Bagaimana pula dengan
kesan-kesan lain?
Kesan-kesan lain yang biasa
dialami oleh perokok ialah mulut berbau, kerosakan gigi, penyakit mulut dan
gusi, bibir menjadi hitam dan merupakan punca penagihan dadah. Tabiat ini
menjejaskan penampilan dan personaliti seseorang.
Doktor, adakah tabiat ini boleh memudaratkan wanita hamil?
Ya, wanita hamil akan
terdedah kepada risiko pertumbuhan kandungannya. Selain itu, berkemungkinan
anak yang bakal dilahirkan cacat anggota ataupun terencat akal.
Mereka juga akan cepat letih dan pernafasan terganggu. Ini disebabkan asap rokok mengandungi karbon monoksida
yang tinggi.
Pada pendapat doktor, apakah
cara-cara untuk membantu seseorang itu menghentikan tabiat merokok?
Mereka haruslah melibatkan diri dengan pelbagai
aktiviti sehingga tiada masa untuk merokok. Di samping itu, pihak kerajaan
perlu menjalankan pelbagai langkah yang berkesan seperti mengharamkan iklan
rokok dan kegiatan yang berkaitan dengan rokok, mengenakan cukai yang tinggi,
sekatan kepada belia di bawah umur 18 tahun daripada membeli rokok serta
melarang merokok di tempat awam dan tertutup.
Baiklah, doktor. Apakah
nasihat doktor kepada perokok?
Di sini saya ingin menyeru
mereka agar berhenti daripada merokok kerana
akan menjejaskan kesihatan.
| <><>
>
<><>
>
36 Mengapakah tabiat merokok dikatakan
boleh menjejaskan imej seseorang?
A Merokok satu
tabiat yang menjijikkan.
B Orang yang merokok seperti seorang
penagih dadah.
D Merokok mengakibatkan kesan fizikal yang
kurang menyenangkan.
37 Apakah kesan terhadap orang yang tersedut
asap rokok?
A Orang itu akan sesak nafas, pening kepala
atau batuk.
B Mata orang yang tersedut asap rokok akan
berair.
C Orang itu akan mudah mendapat selesema.
D Pernafasan orang itu akan terganggu dan
cepat berasa letih.
38 Faktor utama
seseorang perokok berhenti daripada tabiat merokok ialah
A pihak kerajaan mengharamkan iklan rokok.
B larangan
menghisap rokok di tempat awam.
D sekatan kepada remaja di bawah umur 18
tahun daripada membeli rokok.
39 Pernyataan
yang manakah tidak benar tentang keburukan merokok.
A Perokok akan
terdedah kepada penyakit jantung, barah dan batuk kering.
B Keluarga dan
masyarakat akan menjauhkan diri daripada seorang perokok.
D Perokok berkemungkinan terlibat dengan
penagihan ganja.
40 Perkataan terencat
dalam petikan bermaksud
A tergendala.
B tersekat.
D tercedera.
KERTAS SOALAN
TAMAT
UPSR
SKIMA BM KERTAS 1
1.A 21.B
2.D 22.D
3.A 23.D
4.C 24.A
5.A 25.D
6.B 26.C
7.B 27.B
8.B 28.B
9.C 29.D
10.A 30.C
11.B 31.A
12.A 32.D
13.C 33.B
14.D 34.C
15.C 35.A
16.C 36.D
17.A 37.D
18.A 38.C
19.C 39.B
20.B 40.C